Table of Contents Table of Contents
Previous Page  90 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 90 / 96 Next Page
Page Background

Renee Mauborgne. Buku ini sudah memperihalkan akan keupayaan Negara

Kita Malaysia melangkah kehadapan dengan bukti yang kukuh dimana

tembok silo telah diruntuhkan dengan diutamakan pendekatan inovatif dan

kreativiti. Kejayaan Negara kita ini sudah mula diketahui oleh dunia luar

kerana buku tersebut telah menjadi

BEST SELLER

. Sudah pastinya,

Malaysia akan mengorak langkah dengan perkasa mahu menjadi sebuah

negara yang dicatitkan diantara 20 buah negara di tahun 2050 sebagi

sebuah negara maju dengan cakupan ekonomi berjumlah lebih 3 trillion.

Sehubungan ini, YAB Perdana Menteri semasa merasmikan Majlis

Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2017, telah mencadangkan supaya

ditubuhkan

Value Innovation Centre

(VIC) dalam Perkhidmatan Awam.

Penubuhan VIC adalah bertujuan untuk memperkukuhkan lagi penjanaan

idea-idea baharu menggunakan

tools

dalam NBOS. Adalah diharapkan

dengan adanya VIC akan menyemarakkan lagi inisiatif NBOS dan boleh

meningkatkan keupayaan negara untuk mencapai pertumbuhan ekonomi

yang baik bilamana berlakunya kaedah yang menjimatkan kos, kepantasan

membuat keputusan dan keberhasilan yang dampak. Maka itu, penarafan

oleh

World Economic Forum

bagi kedudukan Malaysia di Asia ialah

kedudukan Pertama bagi Ekonomi Paling Berdaya Saing, Pengurusan

Perbelanjaan Terbaik dan Indeks Pembangunan Inklusif. Manakala jika

diukur secara menyeluruh dengan negara-negara diseluruh dunia, maka

Malaysia di kedudukan ke-23/137 bagi

Global Competitiveness Index

,

kedudukan ke-37/127 bagi

Global Innovation Index

bagi pada tahun 2017

berbanding kedudukan tahun sebelumnya. Sesungguhnya, kejayaan ini

adalah cerminan sebahagian daripadanya adalah disumbang oleh anggota

perkhidmatan awam.

Melakar masa depan yang lebih konstruktif, maka sudah semestinya warga

perkhidmatan awam perlu komited dan beriltizam untuk memperkukuhkan

kreativiti dan berinovatif bagi memastikan sistem penyampaian kerajaan

akan lebih efektif dan bersifat

citizen centric

. Transformasi adalah

merupakan

domain

utama dalam memperkasakan sistem penyampaian

perkhidmatan dan buat permulaaan 1Serve telah ditubuhkan di 5 lokasi

iaitu, UTC Sungai Petani, UTC Ipoh, UTC Perlis, UTC Ampangan dan JPA.

1Serve adalah kaedah yang menggabungkan pengurusan perkhidmatan

daripada pelbagai pintu

(many windows)

kepada satu pintu

(single

window)

. Diwaktu ini perkhidmatan yang ditawarkan telah menggabungkan

85