

A
lhamdulillah, pertama-tamanya, marilah kita panjatkan segala rasa
kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya kita
dapat bersama-sama dalam satu majlis yang bermakna ini dalam usaha
untuk memperkukuhkan nilai integriti di kalangan penjawat awam
khususnya di JPA.
Maka, usaha-usaha untuk mengingatkan warga Penjawat Awam mengenai
kepentingan memelihara integriti hendaklah dilaksanakan secara
berterusan dan Ikrar Bebas Rasuah ini merupakan salah satu usaha yang
perlu diberikan sokongan.
Anggota Perkhidmatan Awam perlu menjadikan elemen integriti, jujur dan
ikhlas sebagai asas kepada kemajuan diri dan personaliti, serta menolak
sebarang amalan korup bagi memastikan satu sistem perkhidmatan yang
dinamik, telus dan serta profesional.
Amalan rasuah dan salah guna kuasa sekiranya dilakukan pasti memberikan
implikasi yang sangat negatif kepada seseorang individu, keluarga dan
masyarakat. Perihal rasuah jelas dinyatakan dalam Al-Quran, Surah
Al-Baqarah, Ayat 188 yang bermaksud :-
“Dan jangalah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di
antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan
harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak
memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan
(berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
Warga Jabatan Perkhidmatan Awam khususnya tidak terkecuali untuk
sentiasa diingatkan keperluan mengutamakan integriti dalam penyampaian
perkhidmatan.
MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) JPA
1 MAC 2018
AUDITORIUM SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH
MALAYSIA
81