Table of Contents Table of Contents
Previous Page  91 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 91 / 96 Next Page
Page Background

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di kaunter yang sama. Justeru, rakyat

kini boleh melaksanakan ketiga-tiga urusan iaitu membuat lesen memandu,

kad pengenalan dan pasport di satu kaunter sahaja atau kaunter yang

sama. Ini adalah satu pencapaian yang di luar kelaziman dan sangat

membanggakan perkhidmatan awam dan sesuai untuk diberikan Anugerah

1Serve.

Seperkara yang ingin dikongsikan ialah dengan adanya inisiatif 1Pesara

yang diperkenalkan sejak tahun 2014, iaitu program kolaborasi strategik

empat agensi iaitu JPA, Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan

dan Kementerian Sumber Manusia telah membawa satu dimensi bagi

menguruskan pesara kerajaan dengan lebih sistematik.

Program yang digembelengkan ialah untuk membantu golongan pesara

dan bakal pesara terus kekal sihat dan produktif dengan disediakan

pelbagai perkhidmatan meliputi kesejahteraan pesara, panduan bekerja

semula, pembangunan keusahawanan dan pengurusan kewangan dan

advokasi kesihatan berterusan. Ketika ini telah pun diperkenalkan

beberapa program baru seperti 1Pesara@eRezeki, 1PesaraDriveSafe, dan

1Pesara@LocalAuthorities yang mana ianya mendapat sambutan yang

cukup baik. Justeru itu, penglibatan pesara kerajaan dalam kesemua

program yang disediakan oleh kerajaan sangat dialu-alukan supaya akan

wujud kesejahteraan yang lebih di masa hadapan.

Sementara itu, bagi memastikan ekosistem inovasi dan kreativiti dalam

perkhidmatan awam terus disemarakkan, maka kerajaan telah

melaksanakan inisiatif

Blue Ocean Civil Servic

e (BOCS) sejak tahun 2017.

Program ini adalah merupakan yang melatih penjawat awam supaya

memiliki minda kreatif dan akhirnya berkebolehan untuk menyumbang

idea-idea yang prolifik, melalui platform

Blue Ocean Civil Service

IdeaConnect.

Pada tahun 2017 sahaja pihak urusetia telah menerima sebanyak 879 idea

diterima daripada penjawat awam yang mana ianya akan dinilai dan

diberikan pengiktirafan

Blue Ocean Civil Service Recognition

. Oleh itu,

saya besarlah harapan JPA bahawa penjawat awam akan terus aktif

menyumbang idea melalui platform

IdeaConnect

yang akhirnya dijadikan

dasar, program dam aktiviti untuk memacu pembangunan negara.

86