Table of Contents Table of Contents
Previous Page  92 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 92 / 96 Next Page
Page Background

Sebagaimana kita sedia maklum, bahawa medan baru dalam memacu

kepantasan sistem penyampaian perkhidmatan awam dimasa depan

adalah bersandar kepada Kerajaan Digital

(Digital Government)

maka

timbul beberapa fenomena baru yang berkaitan dengan pengurusan data.

Justru, perlu kita membangunkan Lautan Data

(Data Ocean)

dan

menyediakan pakar sains data

(data scientist)

. Jauh kehadapan ialah

adanya

Data Science Interest Group

(DSIG) diwujudkan sebagai platform

untuk berkongsi ilmu dalam sektor awam termasuklah perkongsian

kemahiran menganalisis, mengintepretasi serta merekabentuk data untuk

dimanfaatkan dan menambahbaik kualiti perkhidmatan awam. Kaedah

crowdsourcing

(menurut Rajeev Peshawaria melalui bukunya

Open Source

Leadership

), merupakan satu trend yang digunakan oleh syarikat-syarikat

tersohor untuk meningkatkan inovasi (eg. Coca-cola, Danone, Nestle, Pepsi

dan Samsung).

Pada kesempatan ini, JPA ingin melancarkan 1PesaraFindMe dan Rangka

Kerja

Digital Government Competency and Capability Readiness

(DGCCR)

Sektor Awam. 1PesaraFindMe merupakan sebuah aplikasi yang

dibangunkan untuk mengenal pasti pesara-pesara di Malaysia agar

program yang dianjurkan adalah bersesuaian. Sementara itu, DGCCR,

merupakan inisiatif baharu bagi meningkatkan keupayaan, pengetahuan

dan kemahiran penjawat awam ke arah membudayakan perkhidmatan

digital.

Bagi menghargai para penjawat awam yang berdedikasi dalam menjayakan

inisiatif-inisiatif Kerajaan, kita juga akan menyaksikan penyampaian Surat

Kelulusan Faedah Persaraan dan dua unit kerusi roda kepada dua orang

pesara kerajaan.

Akhir kata, saya berharap semua warga perkhidmatan awam akan terus

menjunjung tinggi amanah, bertanggungjawab dan sentiasa komited

mengekspresikan inovasi dan menjayakan agenda pembangunan negara.

Raikanlah inisiatif NBOS dengan menyumbang idea-idea baru agar sistem

penyampaian perkhidmatan awam sentiasa berada di puncak inovasi untuk

menjadi negara Malaysia maju

Par Excellence

Duniawi dan Ukhrawi.

Insya Allah.

87