Background Image
Previous Page  45 / 130 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 45 / 130 Next Page
Page Background

LAB TRANSFORMASI PERKHIDMATAN

AWAM (LTPA)

Lab Transformasi Perkhidmatan Awam diadakan

untuk membantu agensi-agensi menyediakan Pelan

Tranformasi masing-masing. Sebanyak tujuh siri LTPA

melibatkan 22 buah kementerian dan 779 peserta telah

diadakan dalam tempoh April hingga Jun 2014.

PENGINTEGRASIAN DAN

PERKONGSIAN MAKLUMAT

Sistem aplikasi yang terlalu banyak menyukarkan

pengguna mendapatkan data atau maklumat yang

tepat. Bagi mengatasi masalah ini, JPA telah mengambil

langkah untuk mengadakan kajian mengintegrasi

semua data dalam sistem aplikasi di JPA. Kajian ini

dilaksanakan secara berfasa yang mana di bawah Fasa

1, laporan kajian telah dilaksanakan manakala Fasa 2

masih dalam peringkat pelaksanaan. Selain itu, bagi

menggalakkan warga JPA berkongsi maklumat, Intranet

JPA telah dibangunkan semula agar lebih cekap dan

mesra pengguna dengan menggunakan infrastruktur

dan teknologi terkini. Dengan mempunyai sebuah

pangkalan data yang lengkap dan komprehensif, ia

dapat menjimatkan sumber serta meningkatkan kualiti

maklumatyangdijana.PerkhidmatanAwammemerlukan

pangkalan data yang lengkap dan bersepadu bagi

membolehkan

pihak

pengurusan

memperolehi

maklumat yang tepat untuk membuat keputusan yang

terbaik.

Sebanyak tujuh siri LTPA telah diadakan pada tahun 2014

yang melibatkan 22 kementerian dan 779 peserta

Antara wakil pegawai dari Kementerian-kementerian yang menyertai Lab Transformasi Perkhidmatan Awam JPA

Lab Transformasi Perkhidmatan Awam telah diadakan di

INTAN Bukit Kiara pada 16 Jun 2014

45

TERAS STRATEGIK 2

MEREKAYASA ORGANISASI