Background Image
Previous Page  44 / 130 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 44 / 130 Next Page
Page Background

PERSIDANGAN

HRMIS USER GROUP

(HUGS) 2014

Program HRMIS User Group Summit (HUGS) 2014

merupakan satu inisiatif yang digariskan di bawah

Teras Strategik Kedua iaitu Merekayasa Organisasi di

bawah Kerangka Transformasi JPA. Program HUGS yang

bertemakan “HRMIS Cekap Transformasi Mantap” telah

diadakan pada 29 hingga 30 September 2014 di Hotel

Equatorial, Melaka. Program ini telah dihadiri oleh 374

orang peserta yang terdiri daripada Ketua Setiausaha

Kementerian, pengurus sumber manusia, pengurus

ICT dan pentadbir HRMIS dari Kementerian, Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri, agensi persekutuan dan

agensi negeri.

Program HUGS 2014 mempunyai matlamat untuk

membudayakan HRMIS ke seluruh agensi Kerajaan

seterusnyamenjadikanHRMISsebagaisumbermaklumat

utama pengurusan sumber manusia di sektor awam.

Menerusi program ini jugaKetua PengarahPerkhidmatan

Awam telah menyampaikan sijil penghargaan kepada 39

buah agensi yang telah berjaya memperoleh Penilaian

Melangkaui Sasaran bagi pelaksanaan KPI HRMIS pada

tahun 2013. Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi

Zainal turut menyampaikan sijil penghargaan berserta

plak pengiktirafan kepada 10 buah agensi terbaik di

kalangan39buahagensiberkenaansertamenyampaikan

sijil dan anugerah khas kepada Kementerian Pendidikan

Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia atas

komitmen yang tinggi dalam pelaksanaan HRMIS.

PROFIL SUMBER MANUSIA

PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

(MALAYSIAN CIVIL SERVICE PROFILE

- MCS)

Profil Sumber Manusia Perkhidmatan Awam Malaysia

2013 berfungsi untuk mengumpulkan data-data asas

berhubung pelbagai aspek pengurusan sumber manusia

dan profil penjawat awam dalam satu penerbitan.

Laporan ini mengandungi maklumat ringkas mengenai

sistem pentadbiran Kerajaan Malaysia serta data

mengenai profil organisasi dan sumber manusia dalam

Perkhidmatan Awam. Di samping itu, analisis data siri

masamulai 2009 sehingga 2013memberi satu gambaran

realisitk berhubung trend yang perlu di ambil kira dalam

apa jua penggubalan dasar berhubung penjawat awam.

Bagi memantapkan data profil Perkhidmatan Awam,

beberapatindakanpenambahbaikantelahdilaksanakan:

Program Persidangan HRMIS

User Group

2014 diadakan

untuk membudayakan penggunaan HRMIS

44

LAPORAN TAHUNAN

JPA 2014