![Show Menu](styles/mobile-menu.png)
![Page Background](./../common/page-substrates/page0040.png)
selaras dengan transformasi Perkhidmatan Awam
bagi memastikan Perkhidmatan Awam sentiasa
relevan dengan keperluan semasa. Pada awalnya,
KPI yang ditetapkan bagi inisiatif ini ialah 100 skim
perkhidmatan. Walau bagaimanapun mulai April 2014,
terdapat keperluan untuk mengkaji kesemua 252 skim
perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa. Sehingga
31 Disember 2014, sebanyak 80 sesi rundingan telah
diadakan dengan pihak berkepentingan iaitu Ketua
Perkhidmatan, Ketua Jabatan, Kongres KesatuanSekerja
Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Majlis-Majlis
Bersama Kebangsaan (MBK), kesatuan, persatuan dan
bahagian-bahagian di JPA. YAB Perdana Menteri semasa
pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober 2014 telah
mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk
melaksanakan penambahbaikan ke atas kesemua 252
skim perkhidmatan.
Inisiatif Kajian Penstrukturan Semula Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun
Negeri (BBN)
Bagi inisiatif Penstrukturan Semula Pihak Berkuasa
Tempatan dan Badan Berkanun Negeri, kajian ini telah
selesai dilaksanakan pada 31 Oktober 2014 terhadap
semua 98 PBT dan 70 BBN di Semenanjung Malaysia
mengikut KPI yang telah ditetapkan. Pendekatan yang
telah digunakan adalah seperti berikut :
Ringkasan pencapaian penstrukturan semula PBT dan
BBN dari segi bilangan jawatan yang dinaik taraf dan
pewujudan jawatan adalah sepertimana berikut :
Selain itu, kajian juga bertujuan memastikan semua
PBT dan BBN dibekalkan dengan struktur organisasi
yang terbaik dan relevan agar agensi berkenaan dapat
melaksanakan semua fungsinya dengan cekap, efisien
dan efektif.
40
LAPORAN TAHUNAN
JPA 2014