![Show Menu](styles/mobile-menu.png)
![Page Background](./../common/page-substrates/page0043.jpg)
PERLUASAN PERKHIDMATAN SECARA
DALAM TALIAN
Bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
penyampaian perkhidmatan, JPA telah membuat
penambahbaikandenganmemperluaskanperkhidmatan
secara dalam talian. Dengan adanya perkhidmatan yang
ditawarkan secara dalam talian, perkidmatan yang
ditawarkan adalah lebih telus, objektif dan efisien.
a) SistemPenilaian 360 Darjah
Sistem Penilaian 360 Darjah (360°) bertujuan untuk
menilai keberkesanan peribadi, kepimpinan, prestasi
dan penerimaanwarga organisasi terhadap pegawai-
pegawai PPTPA. Penilaian 360° ini merupakan
salah satu elemen yang dinilai sebagai KPI kepada
pegawai. Sistem ini memudahkan pemantauan
dilaksanakan serta mampu menjana laporan secara
efektif. Sistem ini mula dilaksanakan pada tahun
2010 dan dibangunkan semula pada tahun 2014 bagi
memastikan ianya mematuhi standard IPv6 yang
ditetapkan oleh MAMPU. Pembangunan semula
sistem ini telah selesai pada 31 Julai 2014 dan mula
dilaksanakan pada bulan Disember 2014.
b) SistemPemantauan Petunjuk Prestasi
Utama Penjawat Pengurusan Tertinggi
Perkhidmatan Awam (MyKPI)
Sistem MyKPI bertujuan untuk memantau prestasi
dan pencapaian KPI PPTPA secara telus dan objektif.
Melalui sistem ini, proses pembangunan, penilaian
dan pemantauan KPI dilaksanakan secara dalam
talian. Pembangunan sistem ini mengambil masa
selama dua bulan yang dilaksanakanmelalui kaedah
Applikasi Pembangunan Bersama di antara Bahagian
Pengurusan Maklumat, Bahagian Perkhidmatan dan
pembekal yang melibatkan seramai lapan orang
pegawai. Pelaksanaan sistem ini telah bermula pada
bulan Ogos 2014 untuk penilaian KPI tahun 2014.
Sistem ini telah mula diguna pakai bagi KPI 53 orang
Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam
(PPTPA).
c) Sistem E-Luar Negara
Sistem E-Luar Negara telah mempermudahkan
urusan permohonan ke luar negara atas urusan
rasmi dan urusan persendirian oleh pegawai JPA.
PELAKSANAAN HRMIS 2.0
Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat,
aplikasi Sistem Pengurusan Sumber Manusia Sektor
Awam (HRMIS) telah dilancarkan pada 1999 bagi
menguruskan sumber manusia dengan lebih efisien
dan sistematik. Setelah hampir 15 tahun dilancarkan,
HRMIS 2.0 telah dibangunkan hasil penambahbaikan
pada HRMIS sedia ada. Mesyuarat Kerja Rasionalisasi
HRMIS 2.0 antara JPA dan MAMPU yang telah diadakan
pada Julai 2013 berpandangan bahawa HRMIS 2.0 perlu
dibangunkan berasaskan HRMIS sedia ada dengan
mengambil kira isu keselamatan, penambahbaikan dan
prestasi.
Kini, HRMIS 2.0 boleh dilayari dari telefon pintar pengguna
43
TERAS STRATEGIK 2
MEREKAYASA ORGANISASI