Mesyuarat Ketua Setiausaha – Ketua Perkhidmatan
(KSU-KP) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha
Negara pada 4 Februari 2014 telah memutuskan
bahawa
setiap
kementerian/agensi
Kerajaan
hendaklah mengambil inisiatif untuk memulakan
langkah transformasi. Ini merupakan usaha untuk
menyemarakkan lagi transformasi Perkhidmatan Awam
agar setiap kementerian/agensi dapat membangunkan
Pelan Transformasi masing-masing.
Sebagai peneraju transformasi Perkhidmatan Awam, JPA
telah mengenal pasti 25 langkah strategik (quick wins)
yang melibatkan 94 inisiatif transformasi pada tahun
2013. Usaha transformasi ini diteruskan pada tahun 2014
dengan pelaksanaan sebanyak 123 inisiatif yang dikenali
sebagai TI-100.
Sejajar dengan Dasar Transformasi Negara (DTN)
untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju
berpendapatan tinggi, Perkhidmatan Awam perlu lebih
fleksibeldanresponsifdalampenyampaianperkhidmatan
kepadarakyat.Sehubunganitu,KetuaSetiausahaNegara
pada 11 Mac 2013 telah mengumumkan transformasi
Perkhidmatan Awam dengan diterajui oleh dua agensi
pusat iaitu JPA dan Kementerian Kewangan.
Kembara transformasi Perkhidmatan Awam bermula
dengan pembangunan Kerangka Transformasi Jabatan
Perkhidmatan Awam (KTJPA). KTJPA melalui beberapa
proses pemurnian berdasarkan maklum balas yang
telah diterima dari sesi-sesi rundingan dan konsultasi
dengan pihak berkepentingan sebelum diluluskan
oleh mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai
Gaji dan Perjawatan Sektor Awam (JKK-MPGSA)
untuk diperluaskan ke seluruh Perkhidmatan Awam.
Sehubungan itu, KTJPA selanjutnya telah dijenamakan
sebagai Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam
(KTPA) yang mengandungi lima teras strategik berikut:
(i) Mendaya upaya bakat;
(ii) Merekayasa organisasi;
(iii) Merakyatkan penyampaian perkhidmatan;
(iv) Merangkum dan sepunya; dan
(v) Membudaya nilai.