

Seyogia itu, Negara Bangsa yang tersergam kukuh ini perlu ditatang
dengan penuh berhati-hati supaya ianya tidak tersungkur. Sementelah,
wawasan yang dibina menjelang Tahun 2020 akan tamat dalam masa
sedikit lagi dan sewajarnya bagi yang orang bijak pandai menyegerakan
aspirasinya.
YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Bajet Tahun 2017 pada 21
Oktober 2016, telah mengutarakan aspirasi bahawa “Kerajaan akan
melancarkan siri dialog nasional atau
national discourse
bagi memeta hala
tuju negara di atas sebuah kanvas yang baharu wacana nasional ini saya
namakan sebagai Transformasi Nasional 2050 dan sudah ini dijenamakan
sebagai TN50”.
Maka zahirlah hasrat besar negara ini mahu menjadi salah sebuah negara
daripada dua puluh (20) buah negara yang terbaik di dunia. Pelaksanaan
dasar ini pula adalah secara
bottom-up
dan Negara Bangsanya pula perlu
memiliki minda
par excellence
dikenali sebagai Khayra Ummah (Umat
Terbaik).
Kejayaan TN50 dilakarkan seperti mana telah tersedia maklum akan
bertapak kepada tujuh (7) bidang fokus iaitu Globalisasi, Persekitaran, Gaya
Hidup, Pendidikan, Pekerjaan, Urus Tadbir dan Nilai Murni. Biarpun
pelbagai aspirasi yang dikemukakan dan pelbagai hasrat yang diimpikan,
ianya masih dibentuk dalam acuan yang sendiri.
Jika dihuraikan berkaitan globalisasi maka Malaysia mahu mempunyai
pengaruh di persada dunia. Bilamana persekitaran diberikan tumpuan
maka pilihannya ialah persekitaran yang selamat, lestari, efisien dan
membekalkan kehidupan yang sihat. Mengenai gaya hidup pula, ianya
hendaklah bersifat aktif dan mesra sosial. Di sudut pendidikan, maka
ekosistem yang relevan, iklusiviti dan berterusan menjadi impian. Jika
pekerjaan, maka pilihan yang baik dan mempunyai nilai tambah yang
tinggi. Pengukuhan selanjutnya ialah dengan memiliki urus tadbir baik
melalui model perkhidmatan awam yang efektif dan efisien.
Kesemuanya ini dirangkumkan dengan nilai murni yang menzahirkan
masyarakat yang bertamadun tinggi, berteraskan semangat kesetiaan dan
perpaduan nasional.
77