

SEMINAR PERUNDANGAN PERKHIDMATAN AWAM “FALSAFAH
DAN PRINSIP PERKHIDMATAN AWAM SEBAGAI JENTERA
KERAJAAN”
28 FEBRUARI 2018
INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN (ILKAP) BANGI
S
aya ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada Kesatuan
Pegawai Am (KPA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang telah
menganjurkan program ini dengan kerjasama Rakan Strategik, Pejabat
Penasihat Undang-Undang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Difahamkan SPRM dan Jabatan Audit Negara turut berkongsi pengetahuan
mengenai peruntukan undang-undang berkaitan prinsip-prinsip keadilan
dalam pengurusan kemajuan kerjaya. Sesungguhnya, kerjasama erat ini
mencerminkan amalan kaedah
Blue Ocean Strategy
(BOS) dan komitmen
jitu agensi-agensi kerajaan untuk bersama-sama mengambil inisiatif untuk
meningkatkan pengetahuan dan imej perkhidmatan awam.
Di permulaan ucapan ini, izinkan saya menyentuh sikit mengenai senario
pencapaian ekonomi negara kita Malaysia. Seperti disedia maklum bahawa
Tahun 2018 telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri sebagai Tahun
Kejayaan dan Keberhasilan yang Mengagumkan atau “
The Year of Success
and Impressive Results”
. Maka itu, sukses yang dicapai pada Tahun 2017
yang diklasifikasikan sebagai Tahun Pelaksanaan akan terus diperkasakan
bagi melangsungkan Tahun 2018 sebagai Tahun yang mengupayakan
keberhasilan dampak.
Momentum kejayaan Tahun 2017 akan terus dilonjakkan. Buktinya ialah
purata pertumbuhan KDNK bagi Malaysia bagi Tahun 2017 ialah mencapai
sebanyak 5.9% dan keadaan ditafsirkan oleh Bank Negara sebagai satu
keadaan ekonomi yang kukuh. Sesungguhnya, banyak bukti yang boleh
dikongsi sebagai manifestasi kejayaan Negara. Di antaranya ialah seperti di
dalam:
72