Table of Contents Table of Contents
Previous Page  80 / 96 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 80 / 96 Next Page
Page Background

75

Sesungguhnya, adalah menjadi harapan yang menggunung agar Majlis

seperti ini dapat menerbitkan kesedaran, kesungguhan selepas ini untuk

menyumbang kepada peningkatan kecekapan dan keberkesanan penjawat

awam di pelbagai agensi kerajaan menjalankan tugas masing-masing

secara jujur dan ikhlas bagi memastikan sistem penyampaian itu sampai

sasarannya dan menyentuh hati kepada rakyat.

Justeru itu, usaha-usaha yang berterusan hendaklah dilaksanakan bagi

memberi jaminan bahawa sistem penyampaian perkhidmatan awam wajar

diperkukuhkan melalui transformasi. Pendekatan tradisional yang

birokratik jika masih ada hendaklah dihapuskan dan diperkenalkan kaedah

penyampaian yang lebih kreatif dan inovatif.

Hakikatnya, kita sendiri bukan sahaja sebagai penjawat awam akan tetapi

kita adalah sebagai rakyat yang sentiasa mahukan kepantasan agensi

kerajaan ketika membuat keputusan dan kecekapan bagi melaksanakan

sesuatu program yang memberikan impak besar kepada rakyat.

Pendekatan mengutamakan rakyat hendaklah dijadikan MANTRA UTAMA

dalam melunaskan keikhlasan bekerja supaya tidak timbul sebarang

keraguan dan hilang kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

Menghadapi masa depan yang penuh dengan cabaran, penjawat awam

bukan sahaja perlu bersiapsiaga dengan pengetahuan yang baru malahan

berkeupayaan untuk mendakap persekitaran baru yang bersandar kepada

cabaran-cabaran persekitaran seperti Megatrends dan Industrial Revolution

4.0. Keupayaan menangani persekitaran ini akan menghapuskan persepsi

sama ada penjawat awam masih relevan atau tidak.

Sudah semestinya jika ingin menjangkau hala tuju dan fokus perkhidmatan

awam baru maka ianya perlu berpaksi kepada pendigitalan, iaitu DIGITAL

DIUTAMAKAN

(DIGITAL FIRST)

dan resipi yang perlu dihidangkan perlulah

ditumpukan usaha untuk merealisasikan kerajaan digital yang berpaksi

kepada rakyat.

Gagasan untuk terus memperkukuhkan pendekatan dan kaedah bagi

memastikan mutu perkhidmatan awam sentiasa dipertingkatkan maka

hendaklah kita mengamalkan 5 PRINSIP PENTADBIRAN KERAJAAN yang

disarankan oleh YAB PERDANA MENTERI iaitu:-