Previous Page  113 / 200 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 113 / 200 Next Page
Page Background

Jabatan Perkhidmatan Awam

Laporan Tahunan 2017 Annual Report

99

Secara keseluruhannya, maklum balas daripada

peserta terhadap program ini adalah amat

positif. Antara cadangan peserta bagi tujuan

penambahbaikan program EMDP pada masa

hadapan ialah supaya penekanan kepada aspek

kepimpinan dan penyeliaan di kalangan pegawai

peringkat pertengahan

(middle managers)

diteruskan dan para peserta diberi peluang

berinteraksi dan berkongsi pengalaman dengan

tokoh-tokoh terkemuka dalam Perkhidmatan

Awam dan sektor swasta sebagai salah satu

pendekatan

coaching and mentoring

.

Overall, the feedback from participants of the

program had been very positive. Among the

participants’ suggestions for future improvements

of the EMDP program was to keep emphasising

on leadership and supervisory aspects among

middle managers. Participants were given the

opportunity to interact and share their experiences

with leading figures in the Public Service and

private sector as an approach in coaching and

mentoring.

PELAKSANAAN KURSUS TRM-EPSA UNTUK SKIM GUNASAMA

PERSEKUTUAN BAGI PEGAWAI GRED 41-54

IMPLEMENTATION OF TRM-EPSA COURSES FOR FEDERAL

SHARED SCHEMES FOR OFFICERS OF GRADE 41-54

• TRM-EPSA adalah inisiatif Kerajaan dalam

memperkasakan pembangunan sumber

manusia sektor awam melalui pendekatan

pembelajaran kendiri

(self learning)

yang

praktikal dan kos efektif iaitu E-Pembelajaran

Sektor Awam (EPSA) bagi membolehkan

pegawai belajar pada bila-bila masa dan di

mana jua.

• TRM-EPSA adalah salah satu elemen

pembangunan bagi melengkapkan Pegawai

Gunasama Persekutuan Gred 41 hingga 54

dengan kompetensi dalam bidang-bidang

generik seperti Pengurusan Sumber Manusia,

Etika dan Integriti, Pengurusan Kewangan,

Kepimpinan, Keselamatan, Komunikasi dan

Perundingan, Pembangunan Kendiri, Standard

Kawalan Dokumen dan Teknologi Maklumat

(IT).

• TRM-EPSA is a Government initiative in

empowering the public sector human

resources development through a practical

and cost-effective self-learning approach that

is the Public-Sector E-Learning (EPSA) to enable

officials to learn at anytime and anywhere.

• The TRM-EPSA is one of the developmental

elements to complement the Federal Shared

Scheme Officers of Grade 41 to 54 with

competencies in generic fields such as Human

Resource Management, Ethics and Integrity,

Financial Management, Leadership, Security,

Communication and Consultation, Self-

Development, Document Control Standards

and Information Technology (IT).