Previous Page  107 / 200 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 107 / 200 Next Page
Page Background

Jabatan Perkhidmatan Awam

Laporan Tahunan 2017 Annual Report

93

PROGRAM PENILAIAN KEPIMPINAN

LEADERSHIP ASSESMENT PROGRAM

• Program Penilaian Kepimpinan (LEAP) mula

dilaksanakan pada Tahun 2016. Tujuan utama

program ini diadakan adalah untuk menilai aspek

kompetensi dan potensi pegawai mengikut gred

dan kompetensi kepimpinan yang ditetapkan.

Penilaian melibatkan ujian psikometrik dan

kecergasan jasmani turut dilaksanakan bagi

tujuan profiling pegawai.

• Program penilaian secara berpusat ini akan

menilai kompetensi dan potensi pegawai dari

aspek:

• The Leadership Assessment Program (LEAP)

was initiated in 2016. The main purpose of the

program was to assess the competence and

potential aspects of officers according to the

assigned grades and leadership competencies.

Assessments involving psychometric and

physical fitness were also performed for profiling

purposes.

• The centralised assessment program will assess

the competence and potential of officers in

terms of:

a) Keupayaan Pemikiran

Thinking Capabilities

Pegawai memiliki perspektif menyeluruh dalam menilai sesuatu isu dan merumuskan penyelesaian

jangka pendek atau jangka panjang, bijak dalam memahami dan menguruskan kepelbagaian punca

kuasa, berkeupayaan membuat keputusan berimpak tinggi bagi mencapai objektif yang ditetapkan dan

mempunyai ketangkasan pembelajaran yang tinggi;

Officers with a comprehensive perspective in assessing issues and formulating short-term or long-term

solutions, perceptive in understanding and managing diversity of sources of authority, capable of high-

impact decision-making to achieve established objectives and a fast learner.

b) Keupayaan Kepimpinan

Leadership Capabilities

Pegawai berupaya menetapkan hala tuju yang jelas serta menjadi katalis utama dalammemacu perubahan

organisasi melalui penggemblengan potensi di setiap peringkat hasil daripada sokongan padu ke atas nilai

dan gagasan yang diterajui, berketerampilan dan mempunyai jati diri, patriotisme dan profesionalisme

pada tahap tertinggi;

Officers capable of setting clear directions and become a major catalyst in driving organisational change

through potential cultivation at every stage as a result of strong support for the values and ideas that are

led; competent with self-esteem, patriotism and professionalism of the highest level.

c) Keupayaan Komunikasi

Communication Capabilities

Pegawai berupaya berinteraksi secara berkesan sama ada dengan stakeholder, penyelia, rakan sejawat dan

pegawai di bawah seliaan. Mempunyai tahap penguasaan bahasa yang baik serta mampu menyampaikan

idea dan maklumat secara tepat, jelas dan meyakinkan;

Officers capable of interacting effectively with stakeholders, supervisors, counterparts and supervised

officers. Officers with a good level of language proficiency and capable of communicating ideas and

information accurately, clearly and convincingly.