

Jabatan Perkhidmatan Awam
Laporan Tahunan 2017 Annual Report
92
• Pada 3 dan 4 April 2017, Unit Laporan Ketua
Audit Negara dan Operasi Khas, Bahagian
Perkhidmatan buat julung-julung kalinya telah
mengadakan Bengkel Lab Resolusi Laporan Ketua
Audit Negara bertempat di Dewan Serbaguna,
Kementerian Pengangkutan. Objektif utama
bengkel tersebut adalah bagi mendapatkan input
daripada Kementerian/Agensi bagi merungkai
permasalahan mengenai penemuan audit yang
berulang dalam Laporan Ketua Audit Negara
yang dilaporkan saban tahun. Ia juga bertujuan
untuk mengenalpasti mekanisme dan cadangan
penambahbaikan daripada peringkat pengamal
(practitioner)
bagi menangani penemuan audit
berulang yang boleh dilaksanakan bagi jangka
masa panjang atau pendek.
• Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan
Sri Zainal Rahim bin Seman, Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam dan dihadiri seramai 64
pegawai yang merupakan pegawai kewangan,
perolehan dan pembangunan daripada semua
Kementerian yang dibahagikan kepada beberapa
kluster iaitu Kewangan, Perolehan dan Aset,
Pengurusan Projek Pembangunan Fizikal dan
Pengurusan Projek Pembangunan Bukan Fizikal.
Selama dua hari, sesi perbincangan
roundtable
diadakan di mana para pegawai saling berkongsi
pengalaman di Kementerian masing-masing
khususnya dari sudut amalan
best practices
.
Hasil penemuan dan cadangan daripada bengkel
ini telah dikemukakan kepada Agensi-Agensi
pusat seperti Kementerian Kewangan, Unit
Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri,
Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana
Menteri untuk diteliti dan dinilai kewajarannya.
• Sejajar dengan matlamat yang dihasratkan,
pelaksanaan bengkel ini telah dapat mewujudkan
jalinan hubungan antara pegawai-pegawai
di Kementerian dalam bidang pengurusan
kewangan, perolehan dan pembangunan.
Daripada maklum balas yang diterima daripada
peserta, rata-rata memberikan maklum balas
positif tentang pelaksanaan bengkel ini yang
diharapkan dapat membantu mengurangkan
penemuan audit yang berulang di samping dapat
memberikan input perubahan terhadap dasar,
pekeliling dan peraturan semasa supaya terus
kekal relevan.
• On the 3rd and 4th of April 2017, the Auditor
General’s Reporting and Special Operations
Unit, Services Division held a Lab Resolution
Workshop on the Auditor General’s Report at
the Multipurpose Hall, Ministry of Transport. The
main objective of the workshop was to obtain
inputs from Ministries / Agencies to address the
issue of repeated audit findings in the Auditor
General’s Report. It also aimed to identify
mechanisms and suggestions for improvements
from the practitioner’s level to address recurring
audit findings that can be implemented in the
long or short run.
• The workshop was officiated by Tan Sri Zainal
Rahim bin Seman, Director General of Public
Service and attended by 64 finance, procurement
and development officers from every ministry
divided into several clusters, namely Finance,
Procurement and Assets, Physical Development
Project Management and Non-Physical
Development Project Management. For two
days, roundtable discussion sessions were
held where officials shared their experiences
in their respective Ministries, especially in
terms of the best practices. The findings and
recommendations from these workshops have
been forwarded to central Agencies such as
the Ministry of Finance, the Economic Planning
Unit of the Prime Minister’s Department and the
Implementation Coordination Unit of the Prime
Minister’s Department to review and evaluate
its merits.
• In line with the intended goal, the workshop
was able to establish linkages between
ministry officials in the finance, procurement
and development departments. From the
feedbacks received from the participants, the
average provided positive feedback on the
implementation of this workshop which is
expected to help reduce recurring audit findings
and to provide input changes to current policies,
circulars and regulations to remain relevant.
LAB RESOLUSI LAPORAN
KETUA AUDIT NEGARA
LAB RESOLUTIONS OF THE
AUDITOR GENERAL’S REPORT