![Show Menu](styles/mobile-menu.png)
![Page Background](./../common/page-substrates/page0084.jpg)
JabatanKastamDirajaMalaysia serta Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri. Penglibatan pelbagai agensi dalam
merealisasikan Program Jelajah #myGST4U ini adalah
selaras dengan semangat pelaksanaan inisiatif di bawah
NBOS yang berasaskan impak yang tinggi, kos yang
rendah dan pelaksanaan yang cepat.
Jelajah #myGST4U dilaksanakan bertujuan untuk
memberikan kesedaran serta meningkatkan kefahaman
penjawat awam terhadap pelaksanaan Cukai Barang
dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan mulai
1 April 2015. Sebanyak enam (6) siri Program Jelajah
#myGST4U telah dilaksanakan dan melibatkan 14,000
penjawat awam (Kuala Kangsar - 4,500; Kota Kinabalu
- 1,700; Sungai Petani - 2,500; Kangar - 800; Johor Bahru
- 1,500; Serdang - 3,000). Jumlah ini telah menyumbang
kepada keseluruhan 476,529 penjawat awam yang
telah diberikan pendedahan mengenai GST menerusi
pelaksanaan program khusus di kementerian/ agensi
masing-masing. Selain itu, bagi memastikan maklumat
ini boleh disebar luas hingga ke peringkat akar umbi,
1,368 pegawai telah dilantik sebagai Ejen Penggerak
(GST Advocators). Perjawatan baharu turut diwujudkan
khusus bagi pelaksanaan GST iaitu 1,642 perjawatan
di Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan 472 jawatan di
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK).
PENGGERAK GST
(GST ADVOCATORS)
INTAN sebagai salah sebuah institusi awam yang
berperanan untuk melatih penjawat awam telah
mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan
Kementerian Kewangan (MOF), Jabatan Kastam Diraja
Malaysia (JKDM) dan Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk
memberikan kefahaman kepada penjawat awam
mengenai pelaksanaanGST dan kepentingannya kepada
pertumbuhan ekonomi negara. Latihan dan kefahaman
ini telah diberi kepada ejen penggerak (GST Advocators)
yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian,
Jabatan dan agensi kerajaan untuk menyebarluaskan
Bagi memantapkan dan mengukuhkan Perkhidmatan
Awam, kolaborasi dengan semua Agensi dan
Kementerian adalah amat penting. Dengan itu, mentaliti
bekerja secara silo dapat dihapuskan di samping
dapat mewujudkan kerjasama yang memberi faedah
kepada semua pihak yang terlibat. Perkara ini amat
ditekankan bagi membolehkan semua pihak bersama-
sama menghayati dan melaksanakan misi transformasi
nasional, sekaligus merealisasikan visi negara ke arah
negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang
tahun 2020. Sehubungan itu, JPA juga tidak ketinggalan
berkolaborasi dengan pelbagai agensi/kementerian dan
melaksanakan program-program yang bersesuaian bagi
mendokong segala inisiatif kerajaan. Antara program
yang melangkaui sempadan JPA seperti berikut:
JELAJAH #myGST4U
Komunikasi Lautan Biru berkaitan GST merupakan
satu daripada inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru
Kebangsaan ataupun NBOS yang diterajui oleh YAB
Perdana Menteri. Program Jelajah GST telah dianjurkan
oleh JPA dengan dijayakan menerusi kerjasama pelbagai
agensi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia,
KementerianPerdaganganDalamNegeri, Kepenggunaan
dan
Koperasi,
Kementerian
Sumber
Manusia,
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan
Beberapa siri Jelajah #myGST4U yang dianjurkan JPA
telah berjaya diadakan selaras dengan inisiatif NBOS