PRESTASI PUNGUTAN HASIL
Sektor Akaun, JPA telah diamanahkan untuk
mengakaunkan semua terimaan hasil dan bukan hasil
melalui pelbagai medium, seperti tunai, cek, kiriman
wang, wang pos dan pindahan telegrafik/EFT. Prestasi
kutipan terimaan Sektor Akaun sehingga 31 Disember
2014 adalah seperti jadual di bawah:
PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN
MENGURUS
Peruntukan asal yang diluluskan di bawah Perbelanjaan
Mengurus bagi Tahun 2014 adalah sebanyak
RM2,181,617,000. Peruntukan tambahan sebanyak
RM88,000,000 diperoleh pada penghujung tahun bagi
membiayai perkhidmatan dan bekalan. Keseluruhan
prestasi Perbelanjaan Mengurus JPA sehingga 31
Disember 2014 adalah berjumlah RM2,556,651,759
atau 112.65% daripada keseluruhan peruntukan.
Perbelanjaan melebihi peruntukan adalah disebabkan
oleh perbelanjaan pembayaran Bantuan Khas Kewangan
(BKK) kepada pesara.
PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN
PEMBANGUNAN
Pada keseluruhannya, JPA telah diperuntukkan sebanyak
RM23,675,300 untuk projek-projek pembangunan, iaitu
RM10,074,000 untuk INTAN dan RM13,601,300 untuk
pembangunan Sistem Komputer Induk JPA. Prestasi
Perbelanjaan Pembangunan JPA sehingga 31 Disember
2014 adalah berjumlah RM23,180,247.25 atau 97.91%
daripada keseluruhan peruntukan.