PROGRAM TURUN PADANG (PTP)
Program Turun Padang (PTP) merupakan satu program
naziran bagi meningkatkan
engagement
di antara
JPA dengan agensi-agensi pengguna HRMIS. Tujuan
utama program ini diadakan adalah bagi mendapatkan
gambaran sebenar masalah yang dihadapi oleh agensi
dalam pelaksanaan HRMIS. Pihak JPA yang diwakili oleh
wakil teknikal dan pengurusan akan memeriksa dan
mengenal pasti puncamasalahyangdihadapi olehagensi
dan seterusnya mencadangkan langkah penyelesaian
kepada masalah tersebut. Program PTP bagi tahun 2014
telah dilaksanakan melibatkan 7 buah agensi.
PROGRAM STATUS PELAKSANAAN
HRMIS
(IMSTAT)
Program HRMIS
Implementation Status
(ImStat) telah
mula diperkenalkan pada tahun 2009 dan diadakan
bertujuan untuk memperkasakan proses pemantauan
terhadap pelaksanaan HRMIS di peringkat Kementerian
dan agensi. Pemilihan agensi yang terlibat bagi program
ini adalah berdasarkan kepada kekerapan aduan atau
pertanyaan menerusi log meja bantuan HRMIS atau di
atas permintaan Kementerian dan agensi itu sendiri.
Pegawai BPM yang bertanggungjawab ke atas modul
HRMIS, rangkaian dan
helpdesk
HRMIS akan dijemput
hadir bagi memastikan masalah-masalah yang dihadapi
di agensi tersebut dapat ditangani secara menyeluruh.
Sebanyak lapan (8) sesi ImStat telah dijalankan pada
tahun 2014.
SISTEM PEMANTAUAN INISIATIF
TRANSFORMASI (JPA-
MONITOR
)
Sistem JPA-Monitor dibangunkan bertujuan untuk
memantau pelaksanaan inisiatif-inisiatif Transformasi
oleh bahagian-bahagian di JPA. Sistem ini dibangunkan
secara dalaman oleh BPM pada bulan Jun 2014 hingga
Ogos 2014. Sistem ini telah mula dilaksanakan di JPA
pada bulan Oktober 2014. Pelancaran sistem ini telah
disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam pada 15 Oktober 2014 semasa sesi Persada
Transformasi Siri Ketiga. Penambahbaikan sistem untuk
tujuanpeluasankepadaKementerianmuladilaksanakan
pada bulan November 2014 dan akan mula digunakan
oleh Kementerian pada bulan Januari 2015.
(j) Hari Inovasi JPM
Hari Inovasi JPM telah diadakan pada 29 Oktober
2014 bertempat di Dewan D, Taman Ekspo Pertanian
Malaysia (MAEPS), Serdang. Di antara pengisian Hari
Inovasi tersebut adalah pameran daripada Jabatan/
Agensi yang telah menyertai Anugerah Inovasi JPM
dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif
JPM. JPA telah memenangi Tempat Ketiga Anugerah
Inovasi JPM dan Tempat Ketiga Konvensyen
Kumpulan Inovatif dan Kreatif JPM.
PROGRAM PENAMBAHBAIKAN HRMIS
Program
What’s Up
HRMIS telah diadakan dengan
jayanya pada 19 Mei 2014 bertempat di Dewan Sri
Siantan, Perbadanan Putrajaya, Wilayah Persekutuan
Putrajayadengandihadiri oleh 172orangpeserta. Objektif
program ini diadakan adalah sebagai platform kepada
JPA untuk memaklumkan penambahbaikan yang telah
dilaksanakan di dalam HRMIS. Antara pengisian pada
program ini ialah HRMIS Pengemaskinian Data; Integriti
Data – Kepentingan dan Ketepatan Data; pelaporan
Program Kembara HRMIS; penetapan KPI HRMIS
2014 dan sesi Sembang Santai yang diwujudkan bagi
membolehkan para peserta berkongsi pandangan dan
bertanyakan soalan-soalan berkaitan HRMIS.
PROGRAM LATIHAN HRMIS MENGIKUT
WILAYAH (THOR)
Bermula pada tahun 2005, JPA telah menganjurkan
pelbagai program latihan berkaitan HRMIS bagi
meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam
kalangan pentadbir mahupun pengguna HRMIS
di Kementerian dan agensi. Selaras dengan usaha
transformasi yang giat dilaksanakan di JPA, maka
program latihan tersebut telah dijenamakan semula
sebagai program THOR.
Pengisian bagi Program THOR ini bertujuan untuk
memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai
HRMIS 2.0 di samping sesi
refreshment
melibatkan
beberapa modul/submodul HRMIS yang masih diguna
pakai. Di samping itu, program ini juga menyediakan
platformkepadaparapesertauntukberkongsimaklumat
dan permasalahan yang dihadapi di agensi masing-
masing serta menawarkan cadangan penyelesaian
secara terus. Sebanyak 5 siri Program THOR telah
diadakan sepanjang tahun 2014 melibatkan seramai 400
orang peserta daripada 4 wilayah.
80
LAPORAN TAHUNAN
JPA 2014