Background Image
Previous Page  82 / 130 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 82 / 130 Next Page
Page Background

merupakan kemudahan pelaksanaan pengauditan

bahagian-bahagian di JPA secara

self-assessment

(penilaian kendiri). Ia dilaksanakan secara dalam

talianbertujuanuntukmempercepatdanmenambah

baik kaedah pengauditan dan pemeriksaan indeks

akauntabiliti pengurusan kewangan di Pusat

Tanggungjawab dan Pusat Kos JPA. Melalui inovasi

ini, Pengurusan Tertinggi JPA memantau tahap

pengurusan kewangan di bawah tanggungjawab

masing-masing secara dalam talian. Sistem ini

berasaskan web yang boleh diakses di mana sahaja,

selamat dan mesra pengguna.

Sehingga Disember 2014, sebanyak 11 agensi

sektor awam telah mereplikasi sistem ini melalui

konsep perkongsian pintar. Agensi-agensi yang

terlibat adalah Kementerian Sumber Asli dan Alam

Sekitar, Kementerian Komunikasi dan Multimedia,

Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Tenaga,

Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Kemajuan Luar

Bandar dan Wilayah, Kementerian Pelancongan,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak,

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, dan

Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

(iii)Pengurusan Meja Bantu HRMIS

Meja Bantu HRMIS merupakan satu kemudahan

bantuankepadaagensi sektor awamsertapengguna

HRMIS dalam menyelesaikan masalah berkaitan

aplikasi HRMIS. Sepanjang tahun 2014, sebanyak

6,277 aduan diterima melalui e-mel dan 11,516

aduan diterima melalui panggilan telefon seperti

yang ditunjukkan di bawah manakala pecahan jenis

aduan yang kerap diterima adalah seperti di sebelah

.

PENAMBAHBAIKAN DALAM

PENYAMPAIAN YANG BOLEH

DITELADANI OLEH PERKHIDMATAN

AWAM

(i) Sistem Gerbang Khas JPA Bersama

Pelanggan (ePelanggan Gen2)

Hari Khas JPA Bersama Pelanggan Secara Maya

dilaksanakan bagi meningkatkan lagi saluran

penyampaian kepada pelanggan JPA. Sistem ini

menyediakan satu

platform

untuk pelanggan JPA

berinteraksi dengan Pegawai JPA secara maya yang

diadakan pada setiap bulan. Melalui inovasi ini,

bilangan kehadiran pelanggan JPA telah meningkat

dan pelanggan boleh menjimatkan kos, masa dan

tenaga kerana tidak perlu datang secara fizikal ke JPA

untuk mendapatkan perkhidmatan. Kaedah ini juga

dapat memperluaskan

outreach

dan meningkatkan

lagi imej JPA sebagai peneraju transformasi

Perkhidmatan Awam.

Sistem ini telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam dalam Perhimpunan Bulanan

JPApada24Julai2013.Sisteminitelahmulaberoperasi

secara live semasaHari Bersama Pelanggan JPA pada

22 Ogos 2013. Sehingga Disember 2014, sebanyak

3 agensi sektor awam telah mereplikasi sistem ini

melalui konsep perkongsian pintar. Agensi-agensi

yang terlibat adalah Kementerian Sumber Manusia,

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dan

Kementerian Kemajuan Luar Bandar danWilayah.

(ii) Sistem Pengauditan Indeks Akauntabiliti

(SPIA)

Sistem Pengauditan Indeks Akauntabiliti (SPIA) ini

82

LAPORAN TAHUNAN

JPA 2014