hari terakhir lab peserta telah membentangkan Pelan
Transformasi Kementerian masing-masing kepada
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Peserta-peserta
di setiap sesi LTPA secara kolektif telah menyumbang
pengetahuan, pengalaman dan idea-idea inovasi baharu
untuk membangunkan langkah dan inisiatif strategik.
Perincian 7 siri LTPA tersebut adalah seperti berikut:
maklumat mengenai kepentingan dan kebaikan
pelaksanaan GST dengan kaedah yang lebih jelas, tepat
dan mudah untuk difahami.
Kursus Persediaan Penggerak GST ini merupakan satu
inisiatif yang disusun oleh pihak INTAN bertujuan untuk:
(i) Melengkapkan Penggerak GST dengan ilmu
pengetahuan
berkaitan
pengurusan
sistem
percukaian dan mekanisme pelaksanaan GST;
(ii) Menyediakan
ruang
bagi
Penggerak
GST
mendapatkan penjelasan dengan lebih terperinci
berkaitan isu-isu mengenai keperluan, pelaksanaan
dan kesan pelaksanaan GST; dan
(iii) Mendaya upaya Penggerak GST untuk menyalurkan
maklumat mengenai pelaksanaan GST kepada
penjawat awam dan orang ramai secara tepat, jelas
dan berkesan.
Sebanyak 19 Kursus Persediaan Penggerak GST telah
dilaksanakan dengan sejumlah 1368 Penggerak telah
dilatih menerusi 61 seminar/sesi penerangan berkaitan
GST yang telah diadakan dari bulan Ogos hingga
Disember 2014.
PROGRAM LAB TRANSFORMASI
PERKHIDMATAN AWAM (LTPA)
Bagi mengukuhkan lagi peranan JPA sebagai peneraju
transformasi perkhidmatan awamselaras denganDTN, 7
siri LTPA di INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur mulai dari 14
April 2014 hingga 19 Jun 2014 telah diadakan. Pendekatan
baharu pelaksanaan lab ini melalui kaedah merangkum
dan sepunya sektor awam telah diilhamkan oleh Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam. Objektif utama LTPA ini
ialah:
• Sebagai
impetus
kepada
kementerian
membangunkan langkah dan inisiatif strategik;
• Untuk meningkatkan kolaborasi strategik dan
jaringan kerja di antara peserta;
• Untuk mendapatkan penerimaan dan komitmen
daripada stakeholder; dan
• Untuk memperluas kerjasama yang lebih erat antara
pelbagai kementerian.
Pegawai-pegawai daripada 22 kementerian yang terdiri
daripada pelbagai bidang, pengalaman, peringkat umur
dan hierarki pengurusan telah bersama-sama menyertai
LTPA ini. Setiap LTPA mengambil masa 4 hari dan pada
85
MERENTASI
JPA