![Show Menu](styles/mobile-menu.png)
![Page Background](./../common/page-substrates/page0079.png)
kategori yang dipertandingkan dalam anugerah
ini, iaitu Anugerah Inovator (ICT) dan Anugerah
Inovator (Bukan ICT). Pada tahun 2014, pertandingan
Anugerah Inovator JPA telah dilaksanakan pada 26
Ogos 2014 bertempat di Dewan Mezzanine, Aras 2,
Blok C1, JPA.
(f) Anugerah Persekitaran Berkualiti (QE/5S)
JPA Tahun 2014
Anugerah Persekitaran Berkualiti (QE/5S) JPA telah
diadakan pada 29 dan 30 September 2014 bertempat
di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 9, Blok C1 Kompleks
C. Sebanyak 10 Bahagian telah menyertai anugerah
ini yang telah diadili dan dinilai oleh seramai tiga (3)
orang panel dari Jabatan luar JPA.
(g) Anugerah Kegemilangan JPA Tahun 2014
Anugerah Kegemilangan JPA telah diadakan pada
18 dan 19 November 2014 bertempat di Ruang Legar
MAKSWIP, Aras 7, Blok C1, Kompleks C. Sebanyak 10
Bahagian telah menyertai anugerah ini diadili oleh
seramai tiga (3) orang panel dari Jabatan luar JPA.
Kriteria penilaian bagi anugerah ini merangkumi
kecemerlangan
dalam
aspek
pengurusan,
perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan serta
inovasi dankreativiti Bahagianmasing-masing dalam
menjalankan fungsi teras bahagian.
(h) Anugerah Idea Inovasi JPA Tahun 2014
Anugerah Idea Inovasi diperkenalkan bagi
menggalakkan pencetusan idea-idea yang kreatif
dan inovatif dalam kalangan warga JPA. Bagi tahun
2014, sebanyak 70 idea inovasi telah diterima
melalui pelbagai saluran yang disediakan, seperti
melalui “pohon inovasi” yang telah diletakkan secara
strategik di JPA dan juga yang diterima melalui
emel. Sepuluh (10) daripada keseluruhan idea yang
diterima telah disenarai pendek untuk dipilih sebagai
penerima Anugerah Idea Inovasi JPA 2014.
(i) Lawatan Inovasi
Bagi terus menyemarakkan inovasi JPA, Lawatan
Inovasi JPA ke Pusat Perancangan Strategik dan
Kualiti, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah
diadakan pada 17 Jun 2014. Lawatan Inovasi ini
memberi peluang kepada peserta untukmempelajari
danmelihat dengan lebih dekat pelaksanaan inovasi
di UNITEN, khususnya berkenaan pelaksanaan
dokumentasi SistemPengurusan Kualiti MS ISO 9001 :
2008 secara atas talian.
(a) Bicara Inovasi (i-Talk)
Program ini merupakan suatu wadah untuk
menggalakkan inovasi dan kreativiti melalui
perkongsian ilmu. Pada tahun 2014, sebanyak 2 sesi
Bicara Inovasi (i-Talk) telah diadakan
(b) Program Inspirasi Inovasi dan Saya Kreatif
Program Inspirasi Inovasi dan Saya Kreatif
merupakan siri artikel ringkas berkenaan inovasi dan
kreativiti sebagai tatapan umum warga JPA yang
dilaksanakan melalui hebahan email. Siri artikel
ringkas ini bertujuan untuk memberi pendedahan
kepada warga JPA mengenai pelaksanaan inovasi
tempatan dan luar negara bagi memberi inspirasi
dalam membudayakan inovasi dan kreativiti.
Informasi Inovasi ini dilaksanakan sebanyak sepuluh
(10) kali setahun yang mengambil kira inspirasi
inovasi berkumpulan dan individu.
(c) Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JPA
Bagi pelaksanaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif
(KIK) JPA, usaha berterusan diadakan untuk
membentuk kumpulan KIK yang mantap dengan
projek yang inovatif dan kreatif. Antara program yang
telah dilaksanakan ialah dengan mengadakan dua
siri Bengkel KIK pada tahun 2014 iaitu:
(i) Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif pada
22 - 24 April 2014, bertempat di Dewan Mezzanine,
JPA; dan
(ii) Bengkel Pemantapan Dokumen KIK telah
diadakan pada 2 – 4 September 2014, bertempat
di Dewan Sri Cempaka, JPA Cyberjaya.
(d) Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif
(KIK) JPA 2014
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JPA
telah diadakan pada 14 Oktober 2014 bertempat di
Dewan Mezzanine, Aras 2, Blok C1 JPA. Sebanyak 9
kumpulan telah membentangkan projek masing-
masing dalam konvensyen tersebut. Projek
Kumpulan NELLANG dari INTAN Wilayah Timur telah
dinobatkan sebagai johan keseluruhan Konvensyen
KIK JPA Tahun 2014.
(e) Anugerah Inovator JPA
Anugerah Inovator JPA adalah merupakan
pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan oleh
JPA kepada warga yang menggunakan kreativiti
dan inovasi baru dalam meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan perkhidmatan. Terdapat 2
79
JPA
360º