TRANSFORMASI PROGRAM AUDIT JPA
Pada tahun 2014, Unit Audit Dalam JPA telah membuat
perancangan program audit yang meliputi Pengauditan
Kewangan, Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks
Akauntabiliti (AI), Pengauditan Prestasi, Kajian Khas dan
Pengauditan Susulan / Mengejut ke atas isu-isu yang
dibangkitkan dalam pengauditan terdahulu. Berikut
adalah perbandingan rancangan dan pelaksanaan
pengauditan oleh Unit Audit Dalam JPA sepanjang tahun
2014, meliputi perancangan aktiviti yang asal dan aktiviti
tambahan seperti berikut:
Pengauditan di Sektor Awam akan menghadapi
cabaran baru dalam meningkatkan sinergi dan
keberkesanan serta keupayaan Juruadit dalam
menghadapi transformasi yang akan dilaksanakan
oleh kerajaan. Kerajaan Persekutuan telah bersetuju
untuk melaksanakan transformasi terhadap sistem
perakaunan sedia ada yang berasaskan tunai kepada
sistem Perakaunan Berasaskan Akruan.
Isu-isu yang perlu diambil kira semasa peralihan kepada
perakaunan akruan adalah:
89
PRESTASI KEWANGAN
DAN AUDIT