proses utama JPA. Hasil pengauditan yang dilaksanakan,
JPA telahdiperakukanuntukpensijilanMS ISO9001:2008.
PELAKSANAAN PROGRAM KUALITI
DAN INOVASI JPA TAHUN 2014
Pelaksanaan Program Kualiti dan Inovasi JPA Tahun 2014
adalah suatu usaha untuk merangsang persekitaran
dan membentuk ekosistem yang menggalakkan
inovasi di samping membudayakannya dalam kalangan
warga Perkhidmatan Awam, khususnya di JPA. Sebagai
usaha ke arah memupuk dan membudayakan inovasi
dan kreativiti, beberapa program telah dilaksanakan,
antaranya ialah:
PENSIJILAN SEMULA MS ISO
9001:2008 DARIPADA SIRIM QAS
INTERNATIONAL SDN. BHD.
Pensijilan MS ISO 9001:2008 adalah usaha berterusan
JPA bagi mematuhi piawaian kualiti bertaraf global
daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. ke atas
Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Jabatan berhubung
Penggubalan Dasar dan Pengurusan Sumber Manusia
Perkhidmatan Awam Persekutuan (Tidak termasuk
Perkhidmatan Polis dan Tentera). Audit Pensijilan Semula
SPKMS ISO 9001:2008 JPA telah dilaksanakan oleh pihak
SIRIM pada 7 hingga 9 Julai 2014 bertujuan untuk menilai
tahap prestasi pelaksanaan sistem pengurusan kualiti
78
LAPORAN TAHUNAN
JPA 2014