Dalam transformasi Perkhidmatan Awam, kerajaan
telah mengambil langkah yang tepat dengan
menjadikan Teras Strategik 3 iaitu merakyatkan
penyampaian perkhidmatan sebagai tiang utama
Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam. Penjawat
awam mempunyai tanggungjawab yang besar bagi
memastikan kepentingan dan kepercayaan rakyat
terhadap Perkhidmatan Awam secara keseluruhannya
kekal relevan. Perkhidmatan Awam perlu menjadi lebih
mudah diakses dan memberi peluang kepada rakyat
untuk turut mengambil bahagian secara langsung dalam
memberi input kepada perancangan dan pelaksanaan
inisiatif kerajaan. Bagi menuju ke arah meningkatkan
kualiti penyampaian sistem Perkhidmatan Awam, JPA
telah melaksanakan pelbagai usaha yang melibatkan
pendigitalan dan pengintegrasian perkhidmatan serta
perkongsian maklumat yang lebih meluas dan berkesan
serta dapat menjimatkan kos.
PENDIGITALAN SISTEM
PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
Perkembangan teknologi telah mendorong kepada
keperluan untuk melaksanakan segera projek
pendigitalan yang merupakan elemen penting bagi
memastikan Perkhidmatan Awam terus relevan pada
masa akan datang. Pendigitalan dapat memudah
dan mempercepatkan akses kepada Perkhidmatan
Awam tanpa mengira tempat dan masa. Perkhidmatan
Awam perlu memanfaatkan peningkatan penggunaan
rangkaian sosial dalam menyampaikan perkhidmatan
yang bermutu dan terbaik.
Oleh yang demikian, penggunaan teknologi maklumat
dankomunikasi(ICT)yangoptimumwajardiberiperhatian
dalammelaksanakan transformasi Perkhidmatan Awam.
Penambahbaikan proses kerja melalui pendigitalan
dapat meningkatkan mutu Perkhidmatan Awam supaya
menjadi lebihcekapdancepatmenerusi pelbagai saluran
penyampaian secara digital.
a) PendigitalanProses Kerja
(Digital by default)
Saluran penyampaian perkhidmatan di JPA telah
ditambah baik melalui usaha-usaha pendigitalan
proses kerja. Usaha ini melibatkan 59 perkhidmatan
yang boleh dicapai melalui pelbagai saluran
penyampaian secara digital. Antara perkhidmatan
digital by default
JPA ialah e-Latihan (BKP) dan e-SILA
(BMI).
b) INTAN
Digital Nexus
INTAN
Digital
Nexus
merupakan
platform
pembelajaran yang melibatkan inovasi penyampaian
latihan menggunakan teknologi terkini. Di bawah
projek ini,
ProjectionMapping Display
– Montaj INTAN
dan
Digital Display
– Majlis Makan Beradat Kadet
PTD 2013 telah berjaya dibangunkan.
Di samping itu, empat Seminar
NextGen Technology
Talk
telah diadakan dengan melibatkan seramai 100
orang peserta.
INTAN Digital Nexus merupakan platform pembelajaran
yang melibatkan inovasi penyampaian latihan
c) SistemKomunikasi Pegawai JPA dengan
Pelajar Tajaan
(MySELF)
MySELF
JPA juga telahdibangunkan sebagaimedium
komunikasi antara pegawai JPA dengan pelajar
tajaan. Bagi mengeratkan hubungan JPA dengan