yang berfokuskan kepada pengumpulan maklum balas
mengenai pelaksanaan program-program JPA yang
telah dilaksanakan seperti program Karnival 1Pesara,
JPA-MAP dan #myGST4U. Pintar Sahabat juga berjaya
dilaksanakan yang merupakan program perjumpaan
bersama persatuan pesara di peringkat kebangsaan.
Selain itu, keterlibatan Kerajaan Negeri pula telah
dilaksanakan melalui Bengkel KIK Perkhidmatan Awam
dengan kerjasama pihak Setiausaha Kerajaan (SUK)
Negeri Kedah. Kolaborasi strategik turut diadakan
dengan pelbagai pihak termasuk pihak berkepentingan
agar penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan
dengan sebaiknya. Sebagai contoh, bagi tujuan
pelaksanaan kajian pindaan skim perkhidmatan, JPA
telah melaksanakan 80 sesi rundingan melalui bengkel
dan mesyuarat bersama Ketua Perkhidmatan, Ketua
Jabatan, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Kesatuan Sekerja dan
Persatuan bagi memperhalusi kajian tersebut.
KOLABORASI STRATEGIK
ANTARABANGSA
Dalam usaha meningkatkan tadbir urus dan kualiti
penyampaian Perkhidmatan Awam, JPA turut terlibat
dalam program kolaborasi dengan pelbagai pihak
di peringkat antarabangsa. Sepanjang tahun 2014,
sebanyak 38 program berkaitan telah dilaksanakan,
antaranya
Commonwealth Association
for Public
Administration and Management
(CAPAM),
ASEAN
Conference on Civil Service Matters
(ACCSM),
Japan
International
Cooperation
Agency
(JICA), C
entral
Officials Training Institute
(COTI) serta Memorandum
Persefahaman dalam Bidang Pentadbiran Awam dan
Tadbir Urus antara Malaysia dan India. Selain itu, JPA
turutmenerima 11 lawatandelegasi antarabangsa seperti
PerkhidmatanAwamAfrikaSelatan, Ghana, Korea, Nepal,
Brunei dan Thailand serta
Banking and Finance Academy
of Uzbekistan
dan Bank Dunia. Bagi memberikan
Usaha untuk merealisasikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang maju dan berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020 perlu digapai bersama melalui
pembudayaan kerja yang bersifat merangkum dan
sepunya. Oleh itu, Perkhidmatan Awam Malaysia selaku
jentera pentadbiran kerajaan juga perlu melalui proses
transformasi budaya kerja bagi memacu negara untuk
mencapai wawasan tersebut dengan memperluaskan
jaringan kerja dan kolaborasi strategik di dalam dan
luar negara. Budaya bekerja secara silo terutamanya di
kalangan kementerian, jabatan atau agensi kerajaan
serta budaya saling menyalahkan antara satu sama
lain perlu dihapuskan bagi memastikan hasrat untuk
mentransformasikan wajah Perkhidmatan Awam dapat
dijayakan.
KOLABORASI STRATEGIK DALAM
NEGARA
Inisiatif strategik yang telah dilaksanakan oleh pihak
JPA bagi tahun 2014 melibatkan kategori peringkat
domestik (antara Kerajaan Persekutuan, Negeri dan PBT,
pemain-pemain industri dan Institusi Pengajian Tinggi)
dan juga sehingga merentasi peringkat antarabangsa.
Bagi peringkat domestik, antara program yang telah
selesai dilaksanakan ialah
Psycare Outreach
iaitu
bagi meningkatkan kesedaran pengurusan kendiri
(psikologi) melalui kerjasama dengan agensi kerajaan
dan kerajaan negeri. Manakala pelaksanaan Universiti
Turun Padang dan Lingkaran Kecermelangan yang
melibatkan kolaborasi dalam bidang pendidikan,
telah dapat memberikan gambaran positif mengenai
penerimaan komuniti dalam sektor pendidikan. Ia juga
menunjukkan tahap keseriusan mereka untuk bersama-
sama menjayakan agenda transformasi dengan pihak
JPA, di sampingmenjayakan Bidang KeberhasilanUtama
Negara (NKRA). Pendidikan bersama dengan pihak
PerformanceManagement andDeliveryUnit
(PEMANDU)
JPM. Selain itu, JPA Love U juga selesai dilaksanakan