

04
Pada 10 Januari 2017 yang lalu, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan
dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri bahawa tahun 2017
merupakan Tahun Penyampaian Penjawat Awam. Dalam amanat tersebut,
YAB Perdana Menteri telah menegaskan bahawa pelaksanaan projek,
program dan perkhidmatan yang dirancang harus berpaksikan kepada
kesejahteraan dan kebajikan untuk rakyat dan negara. Penyampaian perlu
mengikut jadual yang dirancang dan sekiranya terdapat sebarang
kekangan, semua pihak yang terlibat harus melaksanakan koordinasian
semula, duduk semeja dan jangan membiarkan diri dibelenggu silo
masing-masing serta memerangkap pelanggan dalam jaringan birokrasi
yang keterlaluan lantas melewatkan program yang telah dijanjikan.
Tindakan ini pada akhirnya akan hanya menimbulkan ketidakpuasan hati
dalam kalangan rakyat.
Terkini dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri pada 6
Februari 2017 baru-baru ini YAB Perdana Menteri telah menyatakan hasrat
beliau untuk melihat Kerajaan menjadikan kecekapan menjalankan segala
projek kepada rakyat sebagai kekuatan dalaman yang perlu diperkukuhkan
dalam menghadapi situasi ekonomi global tidak menentu.
Kekuatan dalaman yang dimaksudkan oleh YAB Perdana Menteri ini bukan
hanya dari segi perpaduan, keharmonian kaum dan semangat
patriotisme
tetapi tumpuan perlu diberikan kepada sistem penyampaian dan
produktiviti sebagai penjawat awam. Penjawat awam digesa untuk
meningkatkan
output
dan
outcome
dengan berkesan di samping memberi
penekanan kepada pembuatan keputusan yang cepat dan tepat.
Saya berharap hadirin sekalian bersama-sama membantu saya
merealisasikan hasrat YAB Perdana Menteri ini. Bersama-samalah kita
bekerja bersungguh-sungguh dengan seikhlas hati. Kesungguhan yang
disulami keikhlasan akan terpancar dan kejayaan gemilang akan terus
terlakar. Percayalah, keikhlasan itu walau tidak dapat dilihat tetapi dapat
dirasai! Oleh itu, sebagai penjawat awam, ikhlaslah dalam berbakti demi
ibu pertiwi!
Seperti mana yang kita semua telah sedia maklum bahawa di bawah
Rancangan Malaysia Ke-11 telah direncanakan pelbagai pembaharuan dan
pengukuhan bagi memenuhi ekspektasi rakyat seperti perkhidmatan awam