

Semua yang dinyatakan tersebut adalah antara contoh keprihatinan JPA
terhadap warga Perkhidmatan Awam demi untuk memastikan warganya
dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang, lebih fokus dalam bekerja dan
dalam masa yang sama berupaya menguruskan keluarga dengan baik dan
sempurna.
Tatkala dilambung gelombang globalisasi, kita harus bijaksana
mengimbangkan tuntutan tradisi dan keperluan melaksanakan
transformasi. Di situlah letaknya kebijaksanaan pemimpin yang bestari
kerana perjuangan tanpa pemimpin ibarat kapal di atas lautan tiada
bernakhoda.
Di dalam dunia yang penuh dengan mehnah dan tribulasi, pemimpin yang
berupaya membawa obor transformasi adalah sangat kritikal. Dalam
sesebuah organisasi, pemimpin yang memiliki kepimpinan transformasi
akan menjadi penggerak dan berperanan membantu organisasi
melaksanakan perubahan positif, mempunyai visi dan misi, diyakini,
dihormati, dan diterima pengikut. Mereka bukan sahaja berupaya
mengemukakan
wawasan-wawasan
baharu
malahan
mampu
menggerakkan seluruh tenaga kerja ke arah mengaplikasikan idea-idea
yang lebih kreatif dan inovatif dalam organisasi. Pemimpin sebeginilah
yang diperlukan dalam perkhidmatan awam.
Perkara ini dibenarkan oleh kata-kata Gary Burnison dalam buku beliau
bertajuk
“Leadership Journey: How to Master the Four Critical Areas of
being a Great Leader”
yang diterbitkan tahun lalu. Beliau menyebut
bahawa-
“The journey is never about the leader, but it starts with the leader.
Along the way, the leader is the motivator, navigator, and guide: charting
the course, setting the pace, and changing direction when necessary.”
06
05
LANGKAH
Mengiktiraf
pegawai
Perkhidmatan
Awam
Persekutuan yang memiliki keupayaan intelektual dan
kepakaran yang tinggi, berpengalaman luas dalam
bidang kepakaran dengan mewujudkan kemajuan
kerjaya bagi pakar bidang khusus melalui Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2016 serta mewujudkan
kemajuan kerjaya laluan secara pantas melalui
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 Tahun 2016.