

yang lebih kejat, memudah cara, cekap dan produktif, berkemahiran,
terbuka, inovatif dan kurang birokratik dalam menyampaikan perkhidmatan
yang lebih baik dan kos efektif kepada rakyat dan negara. Menyedari
hakikat ini, melalui RMK-11 juga, Kerajaan telah menggariskan keperluan
untuk setiap organisasi agar menyediakan persekitaran kerja yang fleksibel
bagi memaksimumkan produktiviti demi memperkukuh pengurusan bakat
untuk Perkhidmatan Awam di masa hadapan.
Di antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh JPA ialah:
05
01
LANGKAH
03
LANGKAH
02
LANGKAH
04
LANGKAH
Penyediaan Garis Panduan Pelaksanaan Pengaturan
Kerja Fleksibel (FWA) yang memperuntukkan format
Waktu Kerja Anjal dan Waktu Kerja Padat Seminggu;
Penambahan satu lapisan gred untuk Pakar
Perubatan iaitu UD55/56 dan Pakar Pergigian iaitu
UG55/56 dengan pindaan ke atas skim perkhidmatan
melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12 Tahun 2016.
Tidak terkecuali pindaan yang sama ke atas skim
perkhidmatan Pensyarah bagi kedua-dua bidang
kepakaran melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13
Tahun 2016; dan
Menzahirkan
keprihatinan
kepada
institusi
kekeluargaan dalam konteks penjagaan kesihatan
anak bagi pegawai yang menghidap penyakit
berjangkit
dan
perlu
dikuarantin
dengan
menambahbaik Kemudahan Cuti Kuarantin melalui
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2016;