

A
lhamdulillah, marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran
ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana atas limpah kurnia dan izin-Nya
jua, dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis Amanat Jabatan
Perkhidmatan Awam di pagi yang diberkati ini.
Terlebih dahulu, tidak terlambat kiranya saya mengucapkan Selamat Tahun
Baru 2017 kepada semua warga JPA. Semoga dengan bermulanya tahun
baru ini, maka bermulalah azam dan semangat baharu dalam diri setiap
warga untuk mempamerkan kesungguhan dan kreativiti masing-masing
dalam tugasan yang telah diamanahkan. Harapan saya agar segala usaha
mengukir lebih banyak kejayaan gemilang buat Jabatan Perkhidmatan
Awam akan diteruskan.
Saya sebagai kepimpinan baharu JPA amat mengharapkan sepenuhnya
komitmen dan kerjasama daripada warga JPA agar misi dan visi JPA yang
telah digariskan dapat direalisasikan bersama. Jika ada yang bertanya apa
pendekatan saya dalam menakhodai JPA ini, jawapan saya MUDAH.
Kenapa saya kata mudah? Kerana saya orang yang mudah –
I am a simple
person and not complicated.
Kedua, saya berpegang kepada prinsip
bahawa kita perlu memudahkan urusan orang lain terutamanya
stakeholders kita – facilitate and don’t frustrate.
So, how are we going to
facilitate? Firstly, don’t say NO
, saya
NOW!
Segerakan segala urusan
pelanggan-pelanggan kita. Ini belum apa-apa kita dah jawab TIDAK
BOLEH. Tukar mentaliti itu, cuba fikir bagaimana boleh kita membantu. Itu
serba sedikit ‘mukadimah’ mengenai saya serta prinsip kerja dan
pendekatan saya.
MAJLIS AMANAT
KETUA PENGARAH
PERKHIDMATAN
AWAM
ADICITA BITARA
SIRAT KEGEMILANGAN
14 FEBRUARI 2017
AUDITORIUM JPA
02
Kita telah dikurniakan akal dan lidah
yang membolehkan kita menyusun
kata, merungkai makna, mengungkap
pandangan dan menzahirkan pendapat,
maka gunakanlah nikmat tersebut
untuk membentuk diri sebagai seorang
pemimpin yang berwibawa dan
disegani.