Background Image
Previous Page  54 / 130 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 54 / 130 Next Page
Page Background

pendedahan kepada penjawat awam dalam skala yang

lebih besar, JPA turut mengundang pakar antarabangsa

seperti Profesor Dave Ulrich dari University of Michigan

serta Profesor Dr. Hideaki Tanaka dan Profesor Satoru

Kimura dari Meiji University bagi membincangkan isu-isu

berkaitan kepimpinan, transformasi serta tadbir urus.

Selaras dengan Teras Strategik Keempat KTPA, jaringan

kerja dan kolaborasi antarabangsa dilaksanakan secara

multiple-helix

agar keputusan yang dicapai melalui

kerjasama adalah merangkum dan sepunya.

Sebanyak dua kolaborasi strategik di peringkat

antarabangsa telah dipecahkan di bawah inisiatif ini

iaitu:

• Malaysia-India; dan

• Malaysia-ACCSM.

Objektif utama pelaksanaan tiga (3) kolaborasi

antarabangsa oleh JPA adalah seperti berikut:

a) Malaysia – India :

Malaysia dan India telah menandatangani

Memorandum Persefahaman mengenai kerjasama

dalam bidang pengurusan awam dan pentadbiran

pada 25November 2013. Kerjasama ini diadakan bagi

menggalakkan amalan baik dalam Perkhidmatan

Awam yang efisien, telus dan memperkukuhkan

hubungan dan kerjasama bilateral antara kedua-dua

buah negara dalam bidang-bidang berikut:

i) Pengurusan Sumber Manusia

ii) Sistem Penyampaian Perkhidmatan yang

ditambah baik

iii) e-Tadbir Urus

iv) Akauntabiliti dan Ketelusan

v) Pembinaan Keupayaan dan Peningkatan

Kemahiran

vi) Kualiti Keberhasilan

vii) Pembaharuan Tadbir Urus

b) Malaysia – ACCSM:

PersidanganASEANBagi Isu-IsuPerkhidmatanAwam

(ASEANConferenceOn Civil ServiceMatters – ACCSM)

adalah sebuah badan sektoral di bawah ASEAN

yang menjadi platform kerjasama Perkhidmatan

Awam serantau. Kerjasama tersebut bermula

dengan penubuhan

ASEAN Conference on Reforms

in Civil Service

(ACRCS) yang diwujudkan di bawah

ASEAN

Standing Committee

pada tahun 1980. Pada

tahun 1987, ACRCS telah ditukarkan kepada

ASEAN

Conference on Civil Service Matters

(ACCSM) sejajar

dengan hasrat untuk memajukan Perkhidmatan

Awam negara-negara anggota ASEAN.

Keberhasilan dan Pencapaian

a) Malaysia – India :

Sebanyak dua (2) siri Mesyuarat Kumpulan Kerja

Bersama (JWG) telah diadakan iaitu:

i) Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama pada 26

November 2013 di Kuala Lumpur, Malaysia

ii) Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama Kedua pada

26-27 Ogos 2014 di New Delhi, India.

b) Malaysia – ACCSM

• Hasil mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:

(i) Cadangan

ASEAN Resource Centre

baharu iaitu

pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan

17th ASEAN Conference of Civil Service Matters (ACCSM) yang berlangsung di Myanmar pada 24 hingga

26 September 2014

54

LAPORAN TAHUNAN

JPA 2014