Background Image
Previous Page  58 / 130 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 58 / 130 Next Page
Page Background

KEMPEN PUGAR BAHASA

Kempen Pugar Bahasa yang diadakan pada bulan

Oktober

bersempena

dengan

Bulan

Bahasa

Kebangsaan bertujuan memartabatkan Bahasa Melayu

sebagai bahasa pengantar di negara kita. Program

yang dilaksanakan sepanjang bulan Oktober 2014

ini memberikan fokus kepada penggunaan Bahasa

Kebangsaan dalam menyampaikan perkhidmatan

kepada rakyat. Menerusi program ini, pelbagai aktiviti

diatur antaranya Pertandingan Lagu Asli, Pidato Piala

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Pertandingan

Sajak dan Puisi serta Persada Transformasi.

Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam bersama Ketua Pengarah Dewan

Bahasa dan Pustaka. Inisiatif pembudayaan bahasa ini

dapat memartabatkan Bahasa Melayu sebagai tunjang

penyampaian perkhidmatan.

MAJLIS GENTA BAHASA 2014

Majlis Genta Bahasa 2014 telah diadakan buat

julung-julung kalinya sebagai menyahut saranan

memperkasakan Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan

Awam. Antara keunikan program ini ialah persembahan

teater khas “Gadis & Bunga” yang menjelaskan

kepentingan

berbahasa

Melayu

menggunakan

tatabahasa yang betul.

Majlis Genta Bahasa 2014 turut menyaksikan para

pemenang Pidato Piala KPPA Peringkat Kebangsaan

diumumkan. Encik Wan Mohd Hasif Wan Muhamat Ali

dari JPA telah dinobatkan sebagai Johan Pidato Piala

KPPA bagi tahun 2014.

KARNIVAL PATRIOTISME

Antara proses pembudayaan yang berkesan adalah

melalui program berbentuk kesedaran dan kempen

seperti Karnival Patriotisme yang diadakan pada 14

November 2014 dan Semarak Integriti JPA. Kedua-dua

program ini mensasarkan peningkatan kesedaran di

kalangan warga JPA terhadap semangat patriotisme,

serta pengukuhan integriti yang jitu. Antara pengisian

bagi kedua-dua program ini adalah pertandingan

mencipta poster, jelajah integriti dan karnival.

GEGAR, TUKAR & PRIHATIN

(ROCK, CHANGE AND CARE)

Dalam usaha untuk menangani perubahan bagi

Perkhidmatan Awam mengharungi transformasi

telah diperkenalkan, yang mana antara pengisian

program tersebut adalah bual bicara transformasi,

dialog transformasi, program aprentis dan program

turun padang. Inisiatif Gegar, Tukar & Prihatin telah

diperkenalkan sebagai persediaanpenjawat awamuntuk

menghadapi arus perubahan. Antara pengisian dalam

program tersebut ialah melantik Duta Transformasi,

Perantis Perubahan dan Program Transformasi Diri.

Program Pengurusan Perubahan ini sangat mustahak

bagi menyediakan penjawat awam untuk melaksanakan

proses transformasi diri. Seramai 800 orang peserta telah

dan sedang terlibat dengan program yang dilaksanakan

oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA. Program yang

telah dilaksanakan adalah pada:

• 9-11 Disember 2013 di INTURA, Sg. Petani, Kedah.

• 20-22 Jun 2014 di Janda Baik, Pahang.

Persembahan Teater di Program Genta Bahasa 2014

KPPA Bersama Para Pemenang Gegar Pidato Piala KPPA

58

LAPORAN TAHUNAN

JPA 2014