PEMBUDAYAAN INTEGRITI
(INTEGRITY
PAVE)
Pembudayaan Integriti dilaksanakan berdasarkan
kerangka Modul Pengurusan Integriti terutamanya di
dalam membudayakan integriti. Latihan pemantapan
integriti ini memberi fokus kepada aspek pengurusan
projek pembangunan awam, perolehan dan kewangan
kerajaan secara komprehensif melalui inisiatif
Pensijilan Pengurusan Projek Awam Bersepadu (3PAB),
Pentauliahan Perolehan Kerajaan (Asas dan Lanjutan),
Pembiayaan dan Pengurusan Kontrak Projek serta Piawai
Integriti dan Etika (PIE).
PENSIJILAN PENGURUSAN PROJEK
AWAM BERSEPADU (3PAB)
3PABmerupakaninisiatifsecara
cross-agencies
merentas
spektrumpengurusan projek dengan penglibatan empat
rakan strategik iaitu ICU, JKR, UiTM dan CIDB. Peserta
bagi kursus ini dipilih secara
purposive
bagi memastikan
impak maksimum kepada agensi.
FORUM PERDANA
Program yang menyebarluaskan konsep dan amalan
amalan nilai-nilai murni dan patriotisme ini dilaksanakan
secara berterusanbagi membudaya nilai dalamkalangan
penjawat awam. ForumPerdana adalah inisiatif strategik
melibatkan tokoh ilmuan negara. Institut Tadbiran Awam
Negara (INTAN) pada 23 Mei 2014 menampilkan Sahibus
Samahah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah
Persekutuan bagi menyampaikan ceramah bertajuk
‘Dunia Ini Ana Yang Punya.’ Program ini mendapat
sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran
302 orang, terdiri daripada penjawat awam. Forum ilmu
ini mampu menanam nilai-nilai murni dan integriti serta
membentuk sahsiah dan diri yang positif.
Teras Strategik 5 memberi tumpuan kepada
pembudayaan patriotisme, nilai-nilai murni, etos dan
integriti yang bertujuan untuk memupuk semangat
cintakan negara, menanam daya tahan yang tinggi,
beretika dan berintegriti dalam kalangan warga JPA.
Usaha ini penting untuk mencapai keberhasilan
strategik menjadi sebuah Perkhidmatan Awam yang
berprestasi tinggi, berintegriti, dinamik dan berjiwa
rakyat. Tumpuan kepada usaha pembudayaan nilai ini
mencakupi aspek intelektual, budaya kerja bertaraf
dunia serta kemantapan rohani dan jasmani. Inisiatif
transformasi di bawah Teras Strategik 5 dilaksanakan
bagi meningkatkan pemahaman dan membudayakan
nilai secara lebih mantap.
SEMAKAN SEMULA PELAN INTEGRITI
JPA
(REVISIT INTEGRITY PLAN)
InisiatifSemakanSemulaPelanIntegritiJPAdilaksanakan
melalui pelaksanaan Bengkel Semakan Semula Pelan
Integriti JPAbagimenggubal Pelan Integriti JPA2015-2017.
Pelan Integriti JPA 2015-2017 tersebut telah dilancarkan
pada 17 November 2014 semasa Majlis Perhimpunan
Bulanan JPA. Dokumentasi Draf Pelan Integriti JPA
(
Reviewed
Tahun 2014) diadakan pada bulan Disember
2014. Inisiatif Semakan Semula Pelan Integriti JPA
merupakan kajian semula Pelan Integriti JPA tahun 2011-
2015 bagi meningkatkan kesedaran dan pembudayaan
integriti di kalangan warga JPA.
PENAMATAN PERKHIDMATAN
PEGAWAI
(DEEMED TO RESIGN)
Deemed to Resign
bertujuan untuk menyemak semula
dasar sedia ada berkaitan Penamatan Perkhidmatan
Pegawai yang tidak hadir bertugas bagi mewujudkan
dasar pencegahan kepada pegawai yang tidak hadir
bertugas. Dasar ini bermatlamat untuk meningkatkan
disiplin di kalangan penjawat awam terutamanya
mengurangkan kes-kes tidak hadir bertugas.