D.
PENGUKUHAN TEKNOLOGI
INTEGRASI SISTEM
SINGLE SIGN ON
(SSO)
Single Sign On (SSO) adalah satu ciri kawalan
akses untuk pelbagai sistem yang berkaitan
tetapi tidak bergantung di antara satu sama lain.
Melalui kaedah SSO, petugas barisan hadapan
1Serve hanya perlu log masuk sekali sahaja untuk
mengakses semua sistem yang dibenarkan akses
tanpa perlu log masuk secara berasingan untuk
setiap sistem.
Integrasi Peringkat Data
Integrasi peringkat data memusatkan pada
perpindahan data antara aplikasi bagi tujuan
mengintegrasikan data yang sama ke beberapa
aplikasi perkhidmatan yang berbeza. Integrasi ini
merupakan titik awal kepada peringkat integrasi
yang lain.
Seperti yang telah dinyatakan, teknologi
juga memainkan peranan penting
dalam keberkesanan 1Serve. Untuk
mencapai mutu perkhidmatan yang
cekap dan pantas, sistem teknologi
yang menyeluruh dan berintegrasi akan
merealisasikan pelaksanaan 1Serve iaitu
Satu Kaunter Pelbagai
Perkhidmatan
dan
Petugas
Barisan Hadapan yang
serba boleh
.
Dengan pengintegrasian yang terancang,
perkongsian maklumat dapat dilaksanakan
terutamanya maklumat rujukan seperti
proses kerja, senarai semak dan
sebagainya. Ini dapat memudahkan
petugas 1Serve membuat rujukan
sekiranya timbul kemusykilan.
DATA
DATA
DATA
DATA
DATA
01
02
56
1Serve
Panduan Pelaksanaan di Sektor Awam




