Previous Page  63 / 88 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 63 / 88 Next Page
Page Background

Pengukuran analitik yang sistematik dan berkesan merupakan salah satu pemboleh daya

(enabler)

dalam rangka Kerja 1Serve. Pendekatan yang dilaksanakan bagi membuat penilaian dan pemantauan

yang berkesan terhadap prestasi petugas barisan hadapan dan agensi adalah menerusi

mystery

shopping

dan aktiviti turun padang secara berjadual dan berkala.

Komponen

Big Data Analytics

(BDA) dilihat semakin penting dan

berkembang luas dalam membantu meningkatkan produktiviti

dan prestasi petugas barisan hadapan terutamanya bagi

petugas 11 agensi rintis 1Serve yang telah dilaksanakan pada

tahun 2015. Justeru, sebagai langkah permulaan,

sentiment

analysis

melalui pendekatan

media social listening

telah

dilaksanakan bagi mendapatkan persepsi awal rakyat/

pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan.

Hasil daripada data-data yang diperolehi tersebut seterusnya boleh digunakan untuk melaksanakan

forecasting analysis

yang boleh dimanfaatkan bagi merancang strategi-strategi yang lebih telus

dan berkesan serta membantu di dalam proses pembuatan keputusan. Ini bertujuan untuk

menambahbaik kualiti perkhidmatan yang ditawarkan kepada rakyat bagi meningkatkan lagi kepuasan

dan keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan yang ditawarkan oleh Kerajaan melalui inisiatif 1Serve.

BIG DATA ANALYTIC

03

PELAKSANAAN 1SERVE

61