Pengiktirafan

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA PANDUAN PELAKSANAAN PEMBERIAN BENTUK PENGIKTIRAFAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM VERSI 1.0 (2022) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Diedarkan kepada: Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan

i KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT TUJUAN 1 LATAR BELAKANG 1 PELAKSANAAN 2 TARIKH BERKUATKUASA 2 PEMBATALAN 2 PEMAKAIAN 3 LAMPIRAN I Senarai Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran Yang Dibatalkan 1-1 Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang CERAIAN UP.5.1.1 Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 4 Lampiran UP.5.1.1(A) Keadaan Yang Membolehkan PPC Ditarik Balik 1-1 Lampiran UP.5.1.1(B) Carta Alir Proses Kerja Penganugerahan PPC 2-1 Lampiran UP.5.1.1(C) Carta Alir Proses Kerja Pemberian APC 3-1 Lampiran UP.5.1.1(D) Borang Penilaian Kegiatan Dan Sumbangan 4-1 Lampiran UP.5.1.1(E) Jadual Ringkasan Penganugerahan PPC Dan Pemberian APC 5-1 Jejak Dokumen: Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan

 1 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan _____________________________________________________________________ PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA _____________________________________________________________________ PANDUAN PELAKSANAAN PEMBERIAN BENTUK PENGIKTIRAFAN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM VERSI 1.0 (2022) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini bertujuan menjelaskan panduan pelaksanaan pemberian bentuk pengiktirafan kepada pegawai perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan sentiasa menghargai pegawai perkhidmatan awam yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang sama ada dari aspek penyampaian perkhidmatan, kualiti peribadi mahupun sumbangan atau penglibatan yang memberikan impak kepada organisasi mahupun masyarakat. Perkhidmatan yang cemerlang adalah perkhidmatan yang mutu atau penghasilannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Perkhidmatan yang diberikan itu juga boleh KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA

 2 dijadikan contoh serta memberi pengaruh kepada amalan budaya kerja berprestasi tinggi dan berinovasi di kalangan pegawai perkhidmatan awam yang lain. 3. Kerajaan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam dan juga pekeliling perkhidmatan tertentu diperkenalkan dari semasa ke semasa bagi memastikan bentuk pengiktirafan yang diberikan berupaya memenuhi kehendak terkini perkhidmatan awam. PELAKSANAAN 4. Panduan pelaksanaan bentuk pengiktirafan kepada pegawai perkhidmatan awam adalah seperti berikut: Kod Ceraian Tema UP.5.1 Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Ceraian UP.5.1.1 Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang TARIKH BERKUATKUASA 5. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. PEMBATALAN 6. Dengan berkuatkuasanya PPSM ini, Pekeliling Perkhidmatan (PP) dan Surat Edaran (SE) seperti senarai di Lampiran I adalah dibatalkan.

 3 PEMAKAIAN 7. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, PPSM ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 1-1 LAMPIRAN I Senarai Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran Yang Dibatalkan Bil. Tema PP/SE Yang Dibatalkan 1. Panduan Pelaksanaan Pemberian Bentuk Pengiktirafan Pegawai Perkhidmatan Awam (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2012: Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang; dan (ii) Surat Edaran JPA.BK(S) 328/2 Jld.13 (31) bertarikh 20 April 2017: Pindaan Terhadap Bentuk Insentif Bagi Penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.

 4 CERAIAN UP.5.1.1 PENGANUGERAHAN PINGAT PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN PEMBERIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menjelaskan panduan pelaksanaan penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) dan pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada pegawai dalam perkhidmatan awam. LATAR BELAKANG 2. Pemberian APC kepada pegawai perkhidmatan awam telah dilaksanakan melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 1993 dan diubah suai menerusi PKPA Bil. 2 Tahun 2002 berikutan pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia (SSM). APC merupakan penghargaan Kerajaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang di samping pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai. Pemberian APC diberi kepada sejumlah 8 peratus daripada pegawai yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian bagi setiap agensi. 3. Selaras dengan transformasi negara ke arah budaya kerja berprestasi tinggi dan berinovasi, Kerajaan telah bersetuju supaya di samping pemberian APC, penganugerahan PPC diwujudkan sebagai satu lagi bentuk pengiktirafan terhadap pegawai perkhidmatan awam. TAFSIRAN 4. Tafsiran bagi maksud Ceraian ini adalah: “pegawai” bermaksud semua kategori pegawai yang sedang berkhidmat yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Melantik secara tetap, sementara atau kontrak. “Ketua Jabatan” bermaksud seorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau Ketua Perkhidmatan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

 5 UP.5.1.1 PENGANUGERAHAN 5. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) merupakan pingat bagi pegawai perkhidmatan awam yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam tugas yang diamanahkan serta aktif dalam penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi termasuk aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan sebagainya yang boleh mengharumkan nama organisasi dan negara. Tujuannya adalah untuk: a) memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan luar biasa dalam aktiviti tugas rasmi dan di luar tugas rasmi; b) memberi pengiktirafan kepada hasil sumbangan kreativiti dan inovasi pegawai; c) memberi galakan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan sebagainya; dan d) meningkatkan motivasi untuk membudayakan kecemerlangan di pelbagai bidang tugas rasmi mahupun di luar tugas rasmi. 6. Pingat ini adalah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui Statut Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan adalah diiktiraf sebagaimana pingat-pingat lain yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Pingat ini boleh dipakai oleh pegawai semasa menghadiri sesuatu majlis rasmi. 7. Penganugerahan PPC ini dilaksanakan oleh Menteri atau Timbalan Menteri di kementerian yang berkenaan. DASAR 8. Dasar penganugerahan PPC dan pemberian APC adalah seperti berikut: a) Bilangan keseluruhan penerima PPC dan APC bagi setiap agensi tidak boleh melebihi 8 peratus daripada jumlah pegawai yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian dan had maksimum penerima PPC tidak boleh melebihi 3/8 daripada jumlah keseluruhan penerima PPC dan APC. Sekiranya pada tahun berkenaan tiada pegawai perkhidmatan awam yang layak menerima PPC, maka kementerian tidak perlu melaksanakan penganugerahan PPC bagi tahun berkenaan dan kuota tersebut boleh digunakan untuk pemberian APC.

 6 UP.5.1.1 b) Pingat Perkhidmatan Cemerlang yang telah diterima oleh pegawai boleh ditarik balik mengikut Fasal V, Statut PPC dan perenggan 7 Peraturan- Peraturan Yang Menentukan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang bagi keadaan seperti di Lampiran UP.5.1.1(A). PELAKSANAAN 9. Pingat Perkhidmatan Cemerlang a) Kelayakan i) Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi penganugerahan PPC adalah seperti berikut: 1) pegawai tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan; 2) bagi pencalonan kali pertama, telah genap 5 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada tahun prestasinya dinilai; 3) pegawai perkhidmatan awam Gred 1 sehingga 54 atau setaraf; 4) pencapaian cemerlang dalam prestasi kerja dan aktiviti atau sumbangan di luar tugas rasmi dalam tempoh tiga (3) tahun terakhir; 5) lulus tapisan keselamatan (jenayah dan keselamatan) Polis Diraja Malaysia (PDRM); 6) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); 7) lulus tapisan keutuhan Jabatan Insolvensi Malaysia; 8) tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib; dan 9) diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).

 7 UP.5.1.1 ii) Pegawai layak dipertimbangkan bagi penganugerahan PPC buat kali kedua jika memenuhi syarat seperti berikut: 1) memenuhi syarat di butiran (3) hingga (9) perenggan 9(a); dan 2) perkhidmatan tidak terputus dalam tempoh 5 tahun dari tarikh penganugerahan kali pertama. b) Asas Penilaian i) Penilaian yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada lima (5) kategori kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi seperti berikut: 1) Keahlian pertubuhan kemasyarakatan/ NGO/ kelab/ persatuan/ pasukan sukarela; 2) sumbangan inovatif/ kreatif/ bakat/ kemahiran; 3) sukan dan permainan; 4) penglibatan dalam aktiviti/ program; dan 5) komitmen kepada tugasan di luar waktu pejabat. c) Asas Pertimbangan Bagi menentukan penerima PPC, pegawai yang layak dipertimbang akan dinilai berdasarkan syarat-syarat berikut: i) memperoleh markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan ke atas; dan ii) memperoleh markah penilaian aktiviti atau sumbangan di luar tugas rasmi 10 markah dan ke atas.

 8 UP.5.1.1 d) Insentif i) Pegawai yang dianugerahkan PPC akan menerima insentif seperti berikut: 1) Satu Pingat Perkhidmatan Cemerlang; 2) Sijil Pingat Perkhidmatan Cemerlang; dan 3) Wang Tunai atau Sijil/ Skim Simpanan* bernilai RM 1,000.00. (*Contoh: Sijil Simpanan Premium atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional) ii) Pegawai juga akan diberi peluang dan keutamaan dalam: 1) pembangunan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar atau persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja; dan 2) pencalonan untuk menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan atau Negeri. iii) Penentuan bentuk pemberian insentif hendaklah diputuskan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) masing-masing. e) Perolehan Pingat i) Reka bentuk pingat adalah seperti yang termaktub dalam Statut PPC dan perolehan dibuat dengan pembekal yang telah dilantik oleh Kerajaan berdasarkan tatacara kewangan yang berkuat kuasa; dan ii) Urusan perolehan pingat dilaksanakan oleh kementerian menggunakan peruntukan masing-masing.

 9 UP.5.1.1 f) Kawalan dan Rekod i) PPC ini adalah dikawal oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ii) Senarai pegawai yang dicalonkan untuk penganugerahan PPC hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada JPA untuk semakan sebelum penganugerahan dilaksanakan; dan iii) Senarai penerima PPC untuk tahun tersebut akan disah dan diwartakan oleh JPA. g) Carta alir proses kerja penganugerahan PPC adalah seperti di Lampiran UP.5.1.1(B). 10. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang a) Kelayakan Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah semua pegawai perkhidmatan awam sama ada yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak dan telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian. b) Asas Pertimbangan Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah seperti berikut: i) memperoleh markah LNPT 85% dan ke atas; dan ii) bebas dari tindakan tatatertib dalam tahun penilaian. c) Insentif i) Insentif bagi pemberian APC adalah seperti berikut: 1) Sijil Perkhidmatan Cemerlang; dan 2) Wang Tunai atau Sijil/ Skim Simpanan* bernilai RM 1,000.00. (*Contoh: Sijil Simpanan Premium atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional)

 10 UP.5.1.1 ii) Pegawai juga akan diberi peluang dalam pencalonan untuk menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan atau Negeri. iii) Penentuan bentuk pemberian insentif hendaklah diputuskan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) masing-masing. d) Carta alir proses kerja pemberian APC adalah seperti di Lampiran UP.5.1.1(C). 11. Peranan Ketua Jabatan a) Mengemukakan senarai penerima PPC bagi tahun semasa kepada JPA untuk pengesahan dan pewartaan. b) Melaksanakan penganugerahan PPC dan pemberian APC serta penyediaan insentif kepada penerima di kementerian/ jabatan. c) Menyelenggara rekod penerima PPC dan APC di kementerian/ jabatan masing-masing. d) Mempamerkan nama dan gambar penerima PPC dan APC di lokasi yang strategik atau yang sering dikunjungi orang ramai di pejabat. 12. Borang Penilaian a) Setiap pegawai perkhidmatan awam perlu melengkapkan maklumat kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi menerusi modul dalam aplikasi HRMIS yang diwujudkan bagi maksud PPC atau mengisi borang secara manual untuk dinilai pada setiap tahun penilaian. Maklumat tersebut perlu dilengkapkan bagi tujuan pemilihan penerima PPC dan APC. b) Borang penilaian secara manual adalah seperti di Lampiran UP.5.1.1(D). 13. Bagi memastikan kaedah pengendalian dan penilaian kegiatan dan sumbangan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, Ketua Jabatan hendaklah memastikan perkaraperkara yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini dipatuhi.

 11 UP.5.1.1 14. Jadual ringkasan penganugerahan PPC dan pemberian APC adalah seperti di Lampiran UP.5.1.1(E). 15. Penganugerahan PPC dan pemberian APC di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini dilaksanakan mulai tahun 2013 berdasarkan markah LNPT Tahun 2012 dan pencapaian seperti mana di perenggan 9(c) dan 10(b) mengikut yang berkaitan. PEMBATALAN 16. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran di bawah adalah dibatalkan. a) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2012: Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang; dan b) Surat Edaran JPA.BK(S) 328/2 Jld.13 (31) bertarikh 20 April 2017: Pindaan Terhadap Bentuk Insentif Bagi Penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. PEMAKAIAN 17. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya adalah dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

 1-1 LAMPIRAN UP.5.1.1(A) KEADAAN YANG MEMBOLEHKAN PPC DITARIK BALIK Pingat Perkhidmatan Cemerlang yang telah dianugerahkan kepada pegawai boleh ditarik balik mengikut Fasal V, Statut PPC dan perenggan 7 Peraturan-Peraturan Yang Menentukan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang bagi keadaan berikut: a. pegawai telah disabitkan atas sesuatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; atau b. pegawai hilang taraf kewarganegaraan; atau c. pegawai disifatkan berkelakuan tidak sesuai sebagai penerima pingat oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).

 2-1 LAMPIRAN UP.5.1.1(B) CARTA ALIR PROSES KERJA PENGANUGERAHAN PPC Mula Pegawai Yang Dinilai mengisi borang penilaian LNPT Pegawai Penilai membuat penilaian Borang dikemukakan kepada urus setia PPSM Nama dikeluarkan dari senarai Nama dikeluarkan dari Tidak Tidak Disahkan Layak? Ya Urus setia PPSM menyenarai pendek pegawai yang memenuhi syarat PPSM bersidang dan memilih calon yang layak Urus setia PPSM mengemukakan maklumat kepada urus setia induk PPC di JPA Pengesahan oleh JPA senarai Disahkan Penganugerahan dilaksanakan dan pemberian insentif Senarai pegawai diwartakan Tamat PPC

 3-1 Mula Tamat LAMPIRAN UP.5.1.1(C) LNPT Pegawai Yang Dinilai mengisi borang penilaian Pegawai Penilai membuat penilaian Pegawai Penilai kemukakan borang penilaian kepada urus setia PPSM Urus setia PPSM menyenarai pendek pegawai yang memenuhi syarat PPSM bersidang dan memilih calon yang layak Agensi melaksanakan pemberian APC Nama dikeluarkan dari senarai Tidak Layak? Ya CARTA ALIR PROSES KERJA PEMBERIAN APC

 4-1 LAMPIRAN UP.5.1.1(D) BORANG PENILAIAN KEGIATAN DAN SUMBANGAN TAHUN PERHATIAN Pegawai Yang Dinilai (PYD) dan Pegawai Penilai (PP) hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut semasa membuat penilaian: (i) PYD hendaklah melengkapkan maklumat di Bahagian I dan II; (ii) PYD hendaklah mengemukakan bukti yang disahkan bagi penglibatan dalam setiap aktiviti yang disenaraikan; (iii) PP hendaklah menyemak kesahihan bukti penglibatan yang dikemukakan sebelum membuat penilaian dan pengesahan; (iv) PP hendaklah memberi markah dengan membulatkan skala pemarkahan di ruangan yang disediakan; (v) PP hendaklah melengkapkan maklumat dan menurunkan tandatangan di Bahagian III; dan (vi) PYD dan PP hendaklah merujuk kepada Garis Panduan Pengisian Borang Aktiviti dan Sumbangan PPC. Nama No Kad Pengenalan - - Jawatan/Gred Kementerian/Jabatan BAHAGIAN I MAKLUMAT PEGAWAI YANG DINILAI (Perlu diisi oleh PYD)

 4-2 Kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi seperti sukan / pertubuhan / sumbangan kreatif di peringkat komuniti / jabatan / daerah / negeri / negara / antarabangsa yang berfaedah kepada organisasi / komuniti / negara pada tahun yang dinilai (tidak termasuk pertubuhan politik). Nota: Penentuan markah bagi setiap kategori berikut hendaklah mengambil kira jawatan peranan dan peringkat penglibatan pegawai. 1. KEAHLIAN PERTUBUHAN KEMASYARAKATAN/NGO/KELAB/ PERSATUAN/ PASUKAN SUKARELA ( tidak termasuk pertubuhan politik ) Bil. Senaraikan 2 pertubuhan/ jawatan utama yang disandang *Jawatan Utama (JU) *JK Induk (JKI) *JK Kerja (JKK) Organisasi / Jabatan / Komuniti/ Daerah Kementerian/ Negeri (Termasuk Agensi Pusat) Kebangsaan / Antarabangsa JUMLAH MARKAH (Diisi oleh PP) Ahli JKK JKI JU Ahli JKK JKI JU Ahli JKK JKI JU i. 1 3 4 6 3 5 6 8 5 7 8 10 /10 ii. 1 3 4 6 3 5 6 8 5 7 8 10 /10 JUMLAH WAJARAN = 4 / 20 /20 X 4 = 2. SUMBANGAN INOVATIF/KREATIF/BAKAT/KEMAHIRAN (seperti penulisan ilmiah / kreatif/ seni lakon / seni suara, muzik) Bil. Senaraikan 2 sumbangan yang utama dan diiktiraf Peringkat JUMLAH MARKAH (Diisi oleh PP) Unit Sektor/ Seksyen Cawangan/ Komuniti Bahagian/ Daerah Jabatan Kementeria n/ Negeri Kebangsaan Antarabangsa i. 3 4 5 6 7 8 9 10 /10 ii. 3 4 5 6 7 8 9 10 /10 JUMLAH WAJARAN = 4 / 20 /20 X 4 = BAHAGIAN II KEGIATAN DAN SUMBANGAN DI LUAR TUGAS RASMI

 4-3 3. SUKAN DAN PERMAINAN Bil. Senaraikan 2 aktiviti yang disertai/ diwakili/ pencapaian utama. PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN JUMLAH MARKAH (Diisi oleh PP) Jabatan / Daerah Kementerian / Negeri Kebangsaan Antara- bangsa Peserta / Pemain Ketiga Kedua Pertama Peserta / Pemain Ketiga Kedua Pertama Menyertai Mewakili Menyertai Mewakili i. 2 3 4 5 5 6 7 8 3 9 4 10 /10 ii. 2 3 4 5 5 6 7 8 3 9 4 10 /10 JUMLAH WAJARAN = 4 / 20 /20 X 4 = Nota: Menyertai - berdasarkan permohonan oleh pemohon Mewakili – dipilih menerusi siri ujian tertentu oleh panel yang berkelayakan 4. PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI/PROGRAM (seperti misi kemanusiaan / program gotong-royong / ‘jambori’ ) Bil. Senaraikan 2 aktiviti/ program yang utama dan diiktiraf Peringkat JUMLAH MARKAH (Diisi oleh PP) Unit Sektor/ Seksyen Cawangan/ Komuniti Bahagian/ Daerah Jabatan Kementerian/ Negeri Kebangsaan Antarabangsa i. 3 4 5 6 7 8 9 10 /10 ii. 3 4 5 6 7 8 9 10 /10 JUMLAH WAJARAN = 4 / 20 /20 X 4 =

 4-4 Nota: Penentuan markah hendaklah mengambil kira kekerapan dan tempoh masa melaksanakan tugas di luar waktu pejabat. 5. KOMITMEN KEPADA TUGASAN DI LUAR WAKTU PEJABAT Bil. Senaraikan 5 aktiviti/ program utama yang disertai [Selain daripada aktiviti yang dinyatakan dalam perkara 2, 3 dan 4. Setiap aktiviti menyumbang dua (2) markah] JUMLAH MARKAH (Diisi oleh PP) i. /10 ii. iii. iv. v. JUMLAH WAJARAN = 4 / 20 /10 X 4 = PENGESAHAN PEGAWAI YANG DINILAI I

 5-1 KATEGORI PERKARA MARKAH 1. /4 2. /4 3. /4 4. /4 5. /4 JUMLAH /20 PENGESAHAN PEGAWAI PENILAI BAHAGIAN III RINGKASAN PENILAIAN (Perlu diisi oleh PP)

 5-2

 5-3 LAMPIRAN UP.5.1.1(E) JADUAL RINGKASAN PENGANUGERAHAN PPC DAN PEMBERIAN APC BIL. PERKARA PPC APC 1. Bilangan Penerima Dihadkan kepada 8% daripada jumlah keseluruhan pegawai perkhidmatan awam. PPC (%) APC (%) 3 5 2 6 1 7 0 8 2. Syarat Kelayakan Bagi pencalonan kali pertama, pegawai: • telah disahkan dalam perkhidmatan; • telah genap 5 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada tahun prestasinya dinilai; • jawatan Gred 1 hingga 54 atau setaraf; • cemerlang dalam prestasi kerja dan aktiviti atau sumbangan di luar tugas rasmi; • lulus tapisan keselamatan (jenayah dan keselamatan) Polis Diraja Malaysia (PDRM); • lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); • lulus tapisan keutuhan Jabatan Insolvensi Malaysia; • tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib; dan • diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM). Bagi pencalonan kali kedua, pegawai: • memenuhi semua syarat di atas; dan • perkhidmatan tidak terputus dalam tempoh 5 tahun dari tarikh penganugerahan kali pertama. Semua pegawai perkhidmatan awam yang: • dilantik secara tetap, sementara atau kontrak; dan • telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian. 3. Asas Pertimbangan • memperoleh markah LNPT 85% dan ke atas; dan • memperolehi markah penilaian aktiviti atau sumbangan di luar tugas rasmi 10 markah dan ke atas. • memperoleh markah LNPT 85% dan ke atas; dan • bebas dari tindakan tatatertib dalam tahun penilaian.

 5-4 BIL. PERKARA PPC APC 4. Insentif • Pingat Perkhidmatan Cemerlang; • Sijil Pingat Perkhidmatan Cemerlang; dan • Wang Tunai atau Sijil/ Skim Simpanan* bernilai RM 1,000.00. (*Contoh: Sijil Simpanan Premium atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional) • Sijil Perkhidmatan Cemerlang; dan • Wang Tunai atau Sijil/ Skim Simpanan* bernilai RM 1,000.00. (*Contoh: Sijil Simpanan Premium atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional) 5. Insentif lain Peluang dan keutamaan dalam: • pembangunan kerjaya seperti menghadiri kursus, seminar atau persidangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja; dan • pencalonan bagi Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri. Peluang dalam pencalonan bagi Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan dan Negeri. 6. Penarikan Balik Pingat Sekiranya pegawai: • telah disabitkan atas sesuatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; • hilang taraf kewarganegaraan; atau • disifatkan berkelakuan tidak sesuai sebagai penerima pingat oleh PPSM. Tidak berkenaan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy