Pengiktirafan

 5 UP.5.1.1 PENGANUGERAHAN 5. Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) merupakan pingat bagi pegawai perkhidmatan awam yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam tugas yang diamanahkan serta aktif dalam penglibatan dan sumbangan di luar tugas rasmi termasuk aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan sebagainya yang boleh mengharumkan nama organisasi dan negara. Tujuannya adalah untuk: a) memberi pengiktirafan kepada kecemerlangan luar biasa dalam aktiviti tugas rasmi dan di luar tugas rasmi; b) memberi pengiktirafan kepada hasil sumbangan kreativiti dan inovasi pegawai; c) memberi galakan untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelaan, kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan sebagainya; dan d) meningkatkan motivasi untuk membudayakan kecemerlangan di pelbagai bidang tugas rasmi mahupun di luar tugas rasmi. 6. Pingat ini adalah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui Statut Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan adalah diiktiraf sebagaimana pingat-pingat lain yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Pingat ini boleh dipakai oleh pegawai semasa menghadiri sesuatu majlis rasmi. 7. Penganugerahan PPC ini dilaksanakan oleh Menteri atau Timbalan Menteri di kementerian yang berkenaan. DASAR 8. Dasar penganugerahan PPC dan pemberian APC adalah seperti berikut: a) Bilangan keseluruhan penerima PPC dan APC bagi setiap agensi tidak boleh melebihi 8 peratus daripada jumlah pegawai yang sedang berkhidmat pada 31 Disember tahun penilaian dan had maksimum penerima PPC tidak boleh melebihi 3/8 daripada jumlah keseluruhan penerima PPC dan APC. Sekiranya pada tahun berkenaan tiada pegawai perkhidmatan awam yang layak menerima PPC, maka kementerian tidak perlu melaksanakan penganugerahan PPC bagi tahun berkenaan dan kuota tersebut boleh digunakan untuk pemberian APC.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy