Pengiktirafan

 6 UP.5.1.1 b) Pingat Perkhidmatan Cemerlang yang telah diterima oleh pegawai boleh ditarik balik mengikut Fasal V, Statut PPC dan perenggan 7 Peraturan- Peraturan Yang Menentukan Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang bagi keadaan seperti di Lampiran UP.5.1.1(A). PELAKSANAAN 9. Pingat Perkhidmatan Cemerlang a) Kelayakan i) Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi penganugerahan PPC adalah seperti berikut: 1) pegawai tetap yang telah disahkan dalam perkhidmatan; 2) bagi pencalonan kali pertama, telah genap 5 tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada tahun prestasinya dinilai; 3) pegawai perkhidmatan awam Gred 1 sehingga 54 atau setaraf; 4) pencapaian cemerlang dalam prestasi kerja dan aktiviti atau sumbangan di luar tugas rasmi dalam tempoh tiga (3) tahun terakhir; 5) lulus tapisan keselamatan (jenayah dan keselamatan) Polis Diraja Malaysia (PDRM); 6) lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); 7) lulus tapisan keutuhan Jabatan Insolvensi Malaysia; 8) tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib; dan 9) diperakukan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy