Pengiktirafan

 9 UP.5.1.1 f) Kawalan dan Rekod i) PPC ini adalah dikawal oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ii) Senarai pegawai yang dicalonkan untuk penganugerahan PPC hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada JPA untuk semakan sebelum penganugerahan dilaksanakan; dan iii) Senarai penerima PPC untuk tahun tersebut akan disah dan diwartakan oleh JPA. g) Carta alir proses kerja penganugerahan PPC adalah seperti di Lampiran UP.5.1.1(B). 10. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang a) Kelayakan Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah semua pegawai perkhidmatan awam sama ada yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak dan telah berkhidmat genap setahun pada hari terakhir tahun penilaian. b) Asas Pertimbangan Pegawai yang layak dipertimbangkan bagi pemberian APC adalah seperti berikut: i) memperoleh markah LNPT 85% dan ke atas; dan ii) bebas dari tindakan tatatertib dalam tahun penilaian. c) Insentif i) Insentif bagi pemberian APC adalah seperti berikut: 1) Sijil Perkhidmatan Cemerlang; dan 2) Wang Tunai atau Sijil/ Skim Simpanan* bernilai RM 1,000.00. (*Contoh: Sijil Simpanan Premium atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy