Pengiktirafan

 11 UP.5.1.1 14. Jadual ringkasan penganugerahan PPC dan pemberian APC adalah seperti di Lampiran UP.5.1.1(E). 15. Penganugerahan PPC dan pemberian APC di bawah Pekeliling Perkhidmatan ini dilaksanakan mulai tahun 2013 berdasarkan markah LNPT Tahun 2012 dan pencapaian seperti mana di perenggan 9(c) dan 10(b) mengikut yang berkaitan. PEMBATALAN 16. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran di bawah adalah dibatalkan. a) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2012: Penganugerahan Pingat Perkhidmatan Cemerlang Dan Pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang; dan b) Surat Edaran JPA.BK(S) 328/2 Jld.13 (31) bertarikh 20 April 2017: Pindaan Terhadap Bentuk Insentif Bagi Penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. PEMAKAIAN 17. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya adalah dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy