Pengiktirafan

 10 UP.5.1.1 ii) Pegawai juga akan diberi peluang dalam pencalonan untuk menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan atau Negeri. iii) Penentuan bentuk pemberian insentif hendaklah diputuskan oleh Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) masing-masing. d) Carta alir proses kerja pemberian APC adalah seperti di Lampiran UP.5.1.1(C). 11. Peranan Ketua Jabatan a) Mengemukakan senarai penerima PPC bagi tahun semasa kepada JPA untuk pengesahan dan pewartaan. b) Melaksanakan penganugerahan PPC dan pemberian APC serta penyediaan insentif kepada penerima di kementerian/ jabatan. c) Menyelenggara rekod penerima PPC dan APC di kementerian/ jabatan masing-masing. d) Mempamerkan nama dan gambar penerima PPC dan APC di lokasi yang strategik atau yang sering dikunjungi orang ramai di pejabat. 12. Borang Penilaian a) Setiap pegawai perkhidmatan awam perlu melengkapkan maklumat kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi menerusi modul dalam aplikasi HRMIS yang diwujudkan bagi maksud PPC atau mengisi borang secara manual untuk dinilai pada setiap tahun penilaian. Maklumat tersebut perlu dilengkapkan bagi tujuan pemilihan penerima PPC dan APC. b) Borang penilaian secara manual adalah seperti di Lampiran UP.5.1.1(D). 13. Bagi memastikan kaedah pengendalian dan penilaian kegiatan dan sumbangan ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, Ketua Jabatan hendaklah memastikan perkaraperkara yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan ini dipatuhi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy