Pengiktirafan

 7 UP.5.1.1 ii) Pegawai layak dipertimbangkan bagi penganugerahan PPC buat kali kedua jika memenuhi syarat seperti berikut: 1) memenuhi syarat di butiran (3) hingga (9) perenggan 9(a); dan 2) perkhidmatan tidak terputus dalam tempoh 5 tahun dari tarikh penganugerahan kali pertama. b) Asas Penilaian i) Penilaian yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada lima (5) kategori kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi seperti berikut: 1) Keahlian pertubuhan kemasyarakatan/ NGO/ kelab/ persatuan/ pasukan sukarela; 2) sumbangan inovatif/ kreatif/ bakat/ kemahiran; 3) sukan dan permainan; 4) penglibatan dalam aktiviti/ program; dan 5) komitmen kepada tugasan di luar waktu pejabat. c) Asas Pertimbangan Bagi menentukan penerima PPC, pegawai yang layak dipertimbang akan dinilai berdasarkan syarat-syarat berikut: i) memperoleh markah Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 85% dan ke atas; dan ii) memperoleh markah penilaian aktiviti atau sumbangan di luar tugas rasmi 10 markah dan ke atas.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy