Previous Page  146 / 200 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 146 / 200 Next Page
Page Background

Jabatan Perkhidmatan Awam

Laporan Tahunan 2017 Annual Report

132

Selaras dengan Bajet Tahun 2017, kemudahan

Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa

(CBBPDBKP) akan diberikan kepada Kumpulan

Pelaksana. Kemudahan ini bertujuan untuk

menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat

bagi memberi peluang kepada Kumpulan

Pelaksana untuk meningkatkan pengetahuan

melalui sijil-sijil akademik dan latihan kemahiran

yang diiktiraf sesuai dengan keperluan

perjawatan dan perkhidmatan yang diberikan di

samping membuka peluang Kumpulan Pelaksana

mempertingkatkan kemajuan kerjaya yang boleh

menjana pendapatan yang lebih tinggi.

Bagi tahun 2017, sebanyak 716 permohonan

CBBPDBKP telah layak dipertimbangkan untuk

ditemu duga oleh JPA dan telah dipanggil untuk

menghadiri sesi temu duga merangkumi bidang

berikut:

• Bidang Latihan dan Pendidikan Teknikal

dan Vokasional (TVET) di peringkat Sijil dan

Diploma yang ditauliahkan oleh Jabatan

Pembangunan Kemahiran (JPK);

• Bidang keperluan guna tenaga Perkhidmatan

Awam bagi kemasukan Diploma dan Ijazah

Pertama kecuali bidang profesional/ kritikal

seperti Perubatan, Pergigian, Farmasi,

Veterinar dan Undang-Undang; dan

• Bidang Pendidikan terhad kepada Pegawai

Perkhidmatan Pendidikan sahaja.

Pengiklanan kemudahan ini telah dibuat bermula

21 Ogos sehingga 15 September 2017 dan sesi

temuduga telah dilaksanakan pada 7 November

sehingga 9 November 2017 bertempat di Institut

Kemajuan Desa (INFRA), Bangi.

Keputusan penawaran CBBPDBKP Sesi Pengajian

2018 dijangka akan diumumkan pada bulan

Disember.

In line with Budget 2017, Support Group shall

be provided with Full-Pay Study Leaves with

Scholarship (CBBPDBKP). This facility is aimed

at promoting lifelong learning to provide

opportunities for Support Staff to enhance their

knowledge through academic certificates and

recognised skills-training in line with the needs of

their posts and services provided while opening

opportunities for career advancement to generate

higher incomes.

In 2017, a total of 716 CBBPDBKP applications

were eligible for consideration by JPA and had

been called to attend an interview session

covering the following areas:

• Technical and Vocational Education and

Training (TVET) Field at Certificate and Diploma

levels accredited by the Department of Skills

Development (JPK);

• Public Service fields requiring manpower for

Diploma and First-Degree intakes except in

professional / critical fields such as Medicine,

Dentistry, Pharmacy, Veterinary and Law; and

• The Education Field is limited to Education

Service Officer only.

The advertisement of the facility was made from

21 August until 15 September 2017 and the

interview session was held from 7 November

until 9 November 2017 at the Institute for Rural

Advancement (INFRA), Bangi.

The results for the offering of CBBPDBKP for the

2018 Study Session is expected to be announced

in December 2017.

CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN

BIASISWA KUMPULAN PELAKSANA

(CBBPDBKP)

FULL-PAY STUDY LEAVE WITH

SCHOLARSHIP FOR SUPPORT GROUP

(CBBPDBKP)

Sesi temuduga calon-calon CBBPDBKP