

Jabatan Perkhidmatan Awam
Laporan Tahunan 2017 Annual Report
129
En. Yusri menjelaskan situasi terkini mengenai kes
kemalangan pelajar dan berbincang dengan keluarga
Ketibaan jenazah
mendiang pelajar di
Nirvana Memorial Center
Sumbangan JPA kepada
keluarga pelajar
Pada 1 Mei 2017 (Selasa), Bahagian Pembangunan
Modal Insan telah menerima perkhabaran dari
Pejabat PPL London bahawa seorang pelajar
tajaan JPA telah meninggal dunia akibat
kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan
ke kelas. Pelajar tersebut adalah mendiang Soh
Zhi Min, pelajar University of Edinburgh, Scotland.
Kemalangan tersebut berlaku pada 31 Mei 2017
(Rabu), jam 8.30 pagi waktu tempatan (3.30
petang waktu Malaysia).
Urusan membawa balik mayat pelajar telah
dilaksanakan oleh PPL London dengan bantuan
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London. Urusan
di Scotland telah dilaksanakan sepenuhnya oleh
PPL London. Perjumpaan dengan keluarga pelajar
telah diadakan di rumah pelajar pada 2 Jun 2017
bagi membantu memberi sokongan emosi dan
juga menjelaskan prosedur-prosedur yang akan
dan telah dilaksanakan oleh JPA.
Seramai 3 orang pegawai BMI dan 2 orang pegawai
dari Bahagian Pengurusan Psikologi terlibat
dalam perjumpaan tersebut. Jenazah mendiang
telah dibawa balik pada 9 Jun 2017 (Jumaat)
melalui penerbangan MAS dengan diiringi oleh
ibu bapa mendiang dan tiba di KLIA pada 10 Jun
2017 dan disambut oleh pegawai BMI. Urusan di
KLIA dikendalikan oleh pegawai-pegawai BMI, JPA
sehingga penghantaran ke tempat pengebumian
di Nirvana Memorial Center.
On 1 May 2017 (Tuesday), the Human Capital
Development Division received news from the
London PPL Office that a JPA-sponsored student
died of a road tragedy while on her way to
class. The student was the late Soh Zhi Min, a
medical student of the University of Edinburgh,
Scotland. The accident took place on 31 May 2017
(Wednesday), at 8.30am local time (3.30pm
Malaysia time).
The repatriation of the student’s remains was
executed by the London PPL with the help of
the Malaysian High Commissioner in London. All
affairs in Scotland was fully implemented by the
London PPL. A meeting with the student’s family
was held at the student’s home on 2 June 2017
to help provide emotional support as well as to
explain the procedures to be implemented by the
JPA.
Three BMI officers and 2 officers from the
Psychological Management Division were
involved in the meeting. Her remains was
brought back on 9 June 2017 (Friday) via a MAS
flight accompanied by the deceased’s parents
which arrived at KLIA on 10 June 2017, greeted
by BMI officials. Matters at KLIA was arranged by
BMI officers from JPA until the delivery of the late
Soh Zhi Min’s remains to her funeral at Nirvana
Memorial Centre.
PROSES MEMBAWA PULANG JENAZAH
MENDIANG SOH ZHI MIN DARI
EDINBURGH, SCOTLAND
REPATRIATION PROCESS OF THE
REMAINS OF THE LATE SOH ZHI MIN
FROM EDINBURGH, SCOTLAND