|
“Maaf Zahir dan Batin”: A Timeless Malay Tradition of Forgiveness
|
1 |
|
At its heart, the phrase is deeply connected to the Malay philosophy of budi, the values that guide how people treat one another with kindness, humility and understanding. In Malay culture, relationships are built not only through words, but through gestures of sincerity and respect. Asking for forgiveness during Hari Raya therefore becomes more than just a custom but also a reflection of the values that shape the community.
|
2 |
|
Literally, the phrase carries a profound meaning.
|
2 |
|
Maaf means forgiveness or pardon.
|
2 |
|
Zahir refers to outward actions, words spoken or behaviour that may have unintentionally hurt others.
|
2 |
|
Batin, on the other hand, refers to the inner dimension of a person, intentions, feelings or thoughts that may not be visible but could still affect relationships.
|
2 |
|
When someone says “saya memohon maaf zahir dan batin,” they are asking forgiveness not only for visible mistakes, but also for any unintended hurt that may exist within the unseen realm of thoughts or feelings.
|
2 |
|
In essence, it is a complete apology, acknowledging that human relationships are complex and that mistakes may occur knowingly or unknowingly.
|
2 |
|
This tradition of seeking forgiveness reflects a broader cultural value within Malay society: the importance of maintaining harmony in relationships. Concepts such as budi bahasa, menjaga hati and rendah diri emphasise sensitivity towards others and the willingness to place relationships above pride.
|
2 |
|
In traditional communities, preserving good relationships with family, neighbours and the wider society was considered a shared responsibility. Hari Raya therefore became an important occasion not only to celebrate the end of Ramadan, but also to mend relationships, renew goodwill and strengthen bonds.
|
2 |
|
While the concept of forgiveness is rooted in Islamic teachings, the phrase “maaf zahir dan batin” itself is widely recognised as a cultural expression that developed within the Malay Muslim world, particularly in Malaysia, Indonesia and Brunei.
|
2 |
|
In many other Muslim societies, Eid greetings are commonly expressed with phrases such as “Eid Mubarak” or “Taqabbalallahu minna wa minkum,” which means “May Allah accept our deeds and yours.”
|
2 |
|
In the Malay Archipelago, however, Hari Raya celebrations gradually incorporated local customs and traditions. Over time, openly asking forgiveness became a distinctive part of the celebration, reflecting a unique blend of Islamic values and Malay cultural heritage.
|
2 |
|
Hari Raya Aidilfitri itself marks the end of the fasting month of Ramadan, a time dedicated not only to abstaining from food and drink, but also to self-reflection, repentance and spiritual purification.
|
2 |
|
Throughout Ramadan, Muslims are encouraged to strengthen their character, practise patience and improve their relationships with others. In this sense, Hari Raya symbolises a return to a renewed and purified state.
|
2 |
|
Within Malay culture, this spiritual idea is expressed through meaningful social practices. Younger family members traditionally greet elders with a respectful salam, sometimes kissing the hand and touching it to the forehead as a sign of respect. In that quiet moment of humility, the words “saya memohon maaf zahir dan batin” are spoken sincerely.
|
2 |
|
It is a gesture that reflects love, respect and reconciliation.
|
2 |
|
Over time, the ways in which people convey this message have evolved. In the past, Hari Raya wishes were often shared through printed greeting cards sent by post. These cards were decorated with traditional motifs such as ketupat, pelita and kampung scenes, capturing the warmth and nostalgia of the festive season.
|
2 |
|
Receiving a Raya card in the mailbox was once a special moment, a sign that someone remembered you and valued the relationship.
|
2 |
|
Today, technology has changed how we communicate. Many people now send their wishes through WhatsApp messages, digital greeting cards, social media posts or short videos.
|
2 |
|
Yet despite these changes, the meaning behind the words remains unchanged.
|
2 |
|
The intention is still the same, to reconnect, to seek forgiveness, and to strengthen relationships.
|
2 |
|
The concept of budi also resonates strongly with the values upheld in the public service. In Malay philosophy, budi reflects not only kindness and humility but also a sense of responsibility towards others and the wider community.
|
3 |
|
Similarly, within the public service, values such as integrity, respect, empathy and professionalism are essential in ensuring that services are delivered with sincerity and accountability. Just as the tradition of “maaf zahir dan batin” encourages individuals to reflect on their relationships with others, the spirit of budi reminds public servants of the importance of serving the rakyat with courtesy, understanding and a genuine commitment to the greater good.
|
3 |
|
Ultimately, “maaf zahir dan batin” is more than just a festive greeting.
|
3 |
|
It is a cultural tradition that reminds us to set aside pride, mend relationships and move forward with sincerity.
|
3 |
|
As Hari Raya approaches, perhaps the most meaningful way to honour this tradition is to say those words with genuine intention, not merely as a customary greeting, but as a heartfelt expression of humility and goodwill.
|
3 |
|
Maaf Zahir dan Batin.
|
3 |
|
Dr. Diyana Hassim Head of Corporate Communications Public Service Department
|
3 |
|
“Maaf Zahir dan Batin”: Tradisi Melayu Tentang Kemaafan
|
4 |
|
Hakikatnya, ungkapan ini sangat berkait rapat dengan falsafah budi dalam budaya Melayu dengan nilai yang membentuk cara manusia berhubung antara satu sama lain dengan penuh hormat dan keikhlasan. Dalam masyarakat Melayu, hubungan tidak hanya dipelihara melalui kata-kata, tetapi juga melalui sikap merendah diri dan kesediaan untuk memohon maaf.
|
5 |
|
Secara literal, ungkapan ini membawa makna yang mendalam.
|
5 |
|
Maaf bermaksud keampunan atau kemaafan.
|
5 |
|
Zahir merujuk kepada perkara yang terlihat seperti kata-kata atau perbuatan yang mungkin telah menyinggung perasaan orang lain.
|
5 |
|
Batin pula merujuk kepada perkara yang tersembunyi dalam diri seseorang seperti niat, perasaan atau prasangka yang mungkin tidak disedari tetapi boleh memberi kesan kepada hubungan sesama manusia.
|
5 |
|
Apabila seseorang mengucapkan “saya memohon maaf zahir dan batin,” mereka sebenarnya memohon kemaafan secara menyeluruh dan bukan sahaja atas kesilapan yang nyata, tetapi juga atas kesilapan yang mungkin tidak disengajakan.
|
5 |
|
Dalam erti kata lain, ia merupakan satu permohonan maaf yang sepenuhnya, mengakui bahawa dalam hubungan sesama manusia, kesilapan boleh berlaku sama ada secara sedar atau tidak.
|
5 |
|
Tradisi memohon maaf ini juga mencerminkan satu lagi nilai penting dalam budaya Melayu iaitu keharmonian hubungan sesama manusia. Konsep seperti budi bahasa, menjaga hati dan rendah diri menekankan kepentingan menghormati perasaan orang lain serta menjaga hubungan dalam masyarakat.
|
5 |
|
Dalam masyarakat Melayu tradisional, menjaga hubungan baik dengan keluarga, jiran dan komuniti dianggap sebagai tanggungjawab bersama. Oleh itu, Hari Raya bukan sekadar perayaan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga menjadi masa untuk memperbaiki hubungan, mengeratkan silaturahim dan memperbaharui rasa muhibah.
|
5 |
|
Walaupun konsep memohon maaf berkait rapat dengan ajaran Islam, ungkapan “maaf zahir dan batin” sebenarnya berkembang sebagai satu ekspresi budaya dalam masyarakat Melayu, khususnya di Malaysia, Indonesia dan Brunei.
|
5 |
|
Di banyak negara Islam lain, ucapan Hari Raya biasanya disampaikan melalui ungkapan seperti “Eid Mubarak” atau “Taqabbalallahu minna wa minkum,” yang membawa maksud “Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu.”
|
5 |
|
Namun di Alam Melayu, tradisi memohon maaf secara terbuka ketika Hari Raya menjadi satu ciri tersendiri dalam sambutan Aidilfitri. Ia mencerminkan gabungan unik antara nilai Islam dan warisan budaya Melayu.
|
5 |
|
Hari Raya Aidilfitri sendiri menandakan berakhirnya bulan Ramadan, satu tempoh yang bukan sahaja menuntut umat Islam menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menggalakkan muhasabah diri, taubat dan penyucian jiwa.
|
5 |
|
Sepanjang Ramadan, umat Islam digalakkan memperbaiki akhlak, mengawal emosi serta memperbaiki hubungan dengan orang lain. Dalam konteks ini, Hari Raya melambangkan satu permulaan yang baharu selepas sebulan menjalani proses penyucian diri.
|
5 |
|
Dalam budaya Melayu, nilai ini diterjemahkan melalui amalan sosial yang penuh makna. Anak-anak akan bersalaman dengan ibu bapa dan orang yang lebih tua dengan penuh hormat, kadangkala mencium tangan sebagai tanda penghormatan. Pada saat itu, kata-kata “saya memohon maaf zahir dan batin” diucapkan dengan penuh keikhlasan.
|
5 |
|
Ia bukan sekadar ucapan, tetapi satu lambang kerendahan hati, kasih sayang dan perdamaian.
|
5 |
|
Cara kita menyampaikan ucapan ini juga telah berubah mengikut peredaran masa. Dahulu, ucapan Hari Raya sering disampaikan melalui kad ucapan Hari Raya yang dihantar melalui pos. Kad-kad tersebut biasanya dihiasi dengan motif tradisional seperti ketupat, pelita dan suasana kampung, yang menggambarkan kemeriahan Aidilfitri.
|
5 |
|
Menerima kad Raya di peti surat suatu ketika dahulu merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna kerana ia melambangkan ingatan dan penghargaan terhadap sesuatu hubungan.
|
5 |
|
Hari ini, teknologi telah mengubah cara kita berkomunikasi. Ramai yang menyampaikan ucapan Hari Raya melalui mesej WhatsApp, kad digital, media sosial atau video pendek.
|
5 |
|
Namun walaupun cara penyampaiannya berubah, makna di sebalik ungkapan tersebut tetap sama.
|
6 |
|
Tujuannya masih sama, untuk mengeratkan hubungan, memohon kemaafan dan menyebarkan kebaikan.
|
6 |
|
Konsep budi yang menjadi asas budaya Melayu juga sangat selari dengan nilai yang dipegang dalam perkhidmatan awam. Dalam falsafah Melayu, budi bukan sahaja melambangkan kebaikan hati dan kerendahan diri, tetapi juga tanggungjawab terhadap masyarakat.
|
6 |
|
Begitu juga dalam perkhidmatan awam, nilai seperti integriti, hormat, empati dan profesionalisme amat penting dalam memastikan perkhidmatan kepada rakyat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab.
|
6 |
|
Sebagaimana ungkapan “maaf zahir dan batin” mengajak kita merenung hubungan sesama manusia, semangat budi juga mengingatkan pegawai awam tentang kepentingan berkhidmat kepada rakyat dengan penuh ihsan dan kesungguhan.
|
6 |
|
Akhirnya, “maaf zahir dan batin” bukan sekadar ucapan Hari Raya.
|
6 |
|
Ia adalah satu tradisi budaya yang mengingatkan kita supaya merendahkan diri, memperbaiki hubungan dan meneruskan kehidupan dengan hati yang lebih tenang.
|
6 |
|
Apabila Hari Raya menjelang, mungkin cara terbaik untuk menghargai tradisi ini adalah dengan mengucapkan kata-kata tersebut dengan penuh keikhlasan bukan sekadar sebagai adat, tetapi sebagai satu ungkapan kemaafan yang benar-benar datang dari hati.
|
6 |
|
Maaf Zahir dan Batin.
|
6 |
|
Dr. Diyana Hassim Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam
|
6 |