JPA Daily Buzz - Edisi 32 2026
m/s 1 Di sebalik setiap cerita, ada sekumpulan jiwa yang bekerja dengan hati. Penggerak Nadi Dr. Diyana Hassim Pencetus Visi Norazizul Seniman Piksel Sabrina Arkitek Buzz Lidyawati Penjaga Buzz Nurfazlina Pemburu Cahaya Syukran Krew Buzz Pulau pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga, Hancur badan dikandung tanah, Budi yang baik dikenang juga. Pantun merupakan sebahagian daripada warisan budaya Melayu yang sering digunakan untuk menyampaikan hikmah dan nilai kehidupan. Salah satu nilai yang paling dihargai dalam budaya Melayu ialah budi, yang melambangkan kebaikan hati, kerendahan diri serta rasa hormat terhadap orang lain. Konsep budi mengingatkan kita untuk berinteraksi dengan penuh kesopanan, empati dan keikhlasan iaitu nilai-nilai yang telah lama berakar dalam masyarakat Melayu. Mungkin itulah sebabnya apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri setiap tahun, satu ungkapan sering kedengaran di rumah, di pejabat dan dalam mesej yang dihantar kepada keluarga, sahabat serta rakan sekerja: “ Maaf zahir dan batin. ” Pernahkah kita benar-benar memikirkan tentang maksud di sebalik ungkapan ini? Kita menyebutnya hampir secara spontan iaitu ketika bersalaman dengan ibu bapa, bertemu saudara-mara semasa rumah terbuka, menulis kad ucapan Hari Raya atau menghantar mesej WhatsApp kepada kenalan. Ada juga yang berseloroh dengan ungkapan seperti “maaf zahir sahaja, batin belum tentu” atau sekadar menyebut “kosong-kosong.” Namun di sebalik keakraban ungkapan ini, pernahkah kita merenung dari mana datangnya ungkapan ini dan apakah makna sebenar yang dibawanya? Edisi 32/ 2026 17 Mac 2026 “ Maaf Zahir dan Batin ” : Tradisi Melayu Tentang Kemaafan “Maaf Zahir dan Batin”: Tradisi Melayu Tentang Kemaafan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy