JPA Daily Buzz - Edisi 32 2026
m/s 3 Namun walaupun cara penyampaiannya berubah, makna di sebalik ungkapan tersebut tetap sama. Tujuannya masih sama, untuk mengeratkan hubungan, memohon kemaafan dan menyebarkan kebaikan. Konsep budi yang menjadi asas budaya Melayu juga sangat selari dengan nilai yang dipegang dalam perkhidmatan awam. Dalam falsafah Melayu, budi bukan sahaja melambangkan kebaikan hati dan kerendahan diri, tetapi juga tanggungjawab terhadap masyarakat. Begitu juga dalam perkhidmatan awam, nilai seperti integriti, hormat, empati dan profesionalisme amat penting dalam memastikan perkhidmatan kepada rakyat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan tanggungjawab. Sebagaimana ungkapan “maaf zahir dan batin” mengajak kita merenung hubungan sesama manusia, semangat budi juga mengingatkan pegawai awam tentang kepentingan berkhidmat kepada rakyat dengan penuh ihsan dan kesungguhan. Akhirnya, “maaf zahir dan batin” bukan sekadar ucapan Hari Raya. Ia adalah satu tradisi budaya yang mengingatkan kita supaya merendahkan diri, memperbaiki hubungan dan meneruskan kehidupan dengan hati yang lebih tenang. Apabila Hari Raya menjelang, mungkin cara terbaik untuk menghargai tradisi ini adalah dengan mengucapkan kata-kata tersebut dengan penuh keikhlasan bukan sekadar sebagai adat, tetapi sebagai satu ungkapan kemaafan yang benar-benar datang dari hati. Maaf Zahir dan Batin . Dr. Diyana Hassim Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy