Jabatan Perkhidmatan Awam
Laporan Tahunan 2017 Annual Report
8
TRANSFORMASI
PERKHIDMATAN AWAM (TPA)
PUBLIC SERVICE TRANSFORMATION (TPA)
i. Maklumat asas berkaitan TPA
Transformasi Perkhidmatan Awam (TPA) telah
diperkenalkan pada tahun 2013 bagi menyokong
misi dan visi nasional dalam mencapai negara
maju berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020. Ianya diterajui oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA) dengan sokongan padu sektor awam
agar dapat memanisfestasikan keberhasilan bagi
meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan
Rakyat.
Agenda TPA ini mula dilaksanakan di JPA
yang kemudiannya diperluaskan keseluruhan
Kementerian/Agensi
pada
tahun
2015.
Berpandukan kepada Kerangka Transformasi
Perkhidmatan Awam (KTPA) yang ditunjangi oleh
lima (5) Teras Strategik, TPA dilaksanakan bagi
menjadikan Perkhidmatan Awam yang berprestasi
tinggi, berintegriti, dinamik dan berjiwa Rakyat.
Ini seiring dengan kehendak semasa yang amat
memerlukan Perkhidmatan Awam berganjak ke
satu paradigma baharu dalam menyampaikan
perkhidmatan kepada Rakyat.
TPA dilaksanakan melalui pendekatan yang
holistik yang merangkumi keseluruhan sektor
awam bagi memastikan perkhidmatan Kerajaan
mampu memberikan impak yang signifikan
dan berupaya meningkatkan kesejahteraan
Rakyat. TPA juga dilaksanakan secara kolaborasi
strategik di antara Agensi Kerajaan dan pihak
berkepentingan seperti badan bukan Kerajaan
(NGO) dan swasta bagi mengoptimumkan sumber
dan menjimatkan kos.
i. TPA at glance
The Public Service Transformation (TPA) was
introduced in 2013 to support the national mission
and vision towards becoming a high-income
developed nation by 2020. TPA led by the Public
Service Department (JPA), fully supported by the
Public Sector, will manifest in the improvement of
the Rakyat’s comfort and wellbeing.
The TPA Agenda was first implemented in JPA
which was later expanded to all Ministries /
Agencies in 2015. Based on the Public Service
Transformation Framework (KTPA) upheld by five
(5) Strategic Thrusts, the TPA is implemented to
ensure a Public Service that is high-performing,
trustworthy, dynamic and people-centric.
This is in tandem with the current demands for
the Public Service to shift to a new paradigm in
delivering its services to the Rakyat.
TPA’s implementation adopts a holistic approach
that encompasses the entire public sector to
ensure Government delivery services that give
significant impacts to the well-being of the
Rakyat. TPA is also implemented through strategic
collaborations between all sectors (public, private
and non-Governmental organisations) to optimize
resources and to save costs.
The enculturation of the TPA among civil servants
is given due attention through continuous
transitional management to ensure creativity and
innovation among Public Servants are translated
into efficient and effective service delivery.
Pengenalan TPA
Introduction to TPA