Background Image
Previous Page  72 / 130 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 72 / 130 Next Page
Page Background

PERBELANJAAN BAYARAN FAEDAH-

FAEDAH PERSARAAN

Jasa dan sumbangan setiap anggota adalah landas

kecemerlangan sesebuah organisasi. Dalam usaha

menghargai sumbangan yang dicurahkan anggota

Perkhidmatan Awam, JPA terus menggubal dasar

berkaitan urusan persaraan dan tamat perkhidmatan

bagi semua anggota Perkhidmatan Awam seperti skim

persaraan, umur persaraan dan pakej faedah persaraan

yang lebih baik.

Sepanjang tahun 2014, terdapat seramai 26,431

pesara dan 2,098 penerima pencen. Kerajaan

telah membuat pembayaran faedah persaraan

sebanyak RM16,342,537,790.99 (Tanggungan) dan

RM366,609,125.41 (Perbelanjaan Mengurus).

Jumlah faedah persaraan yang dibayar bagi tahun 2014

dan bilangan pesara dan penerima pencen pada 2014

adalah seperti Jadual di bawah:

72

LAPORAN TAHUNAN

JPA 2014