Background Image
Previous Page  70 / 130 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 70 / 130 Next Page
Page Background

daya saing yang tinggi dan seterusnyadanmengukuhkan

industri tempatan.

PROGRAM PELAJAR CEMERLANG

STPM

Kerajaan telah meneruskan Program Penajaan Pelajar

Cemerlang Lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

yang merupakan sebuah program penajaan khusus

kepada pelajar cemerlang lepasan STPM bagi mengikuti

pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan di

peringkat ijazah pertama.

Definisi pelajar terbaik lepasan STPM ini adalah 5%

pelajar cemerlang STPM yang memperoleh Purata Gred

Nilai Kumulatif (PGNK) 3.50 dan ke atas. Bagi tahun

2014, seramai 250 orang pelajar terbaik STPM 2013 yang

dikenal pasti oleh Kementerian Pelajaran Malaysia telah

berjaya ditawarkan biasiswa ini.

PROGRAM PELAJAR CEMERLANG

Bagi tahun 2014, JPA telah menambah baik terma dan

syarat bagi penajaan ke peringkat sarjana dan ijazah

kedoktoran di bawah Program Pelajar Cemerlang.

Syarat penajaan yang diperkenalkan adalah dengan

menetapkan hanya pelajar yang mendapat tempat di

20 universiti terbaik dunia berdasarkan senarai

Times

PROGRAM BIASISWA NASIONAL

Pada tahun 2014, Kerajaan telah menawarkan Biasiswa

Nasional yang merupakan satu program biasiswa

istimewa JPA, kepada 50 orang pelajar paling cemerlang

lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2013. Para

pelajar ini telah dikenal pasti oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia untuk mengikuti pengajian di peringkat ijazah

pertama di universiti-universiti terkemuka dalam dan

luar negara dalam bidang-bidang pilihan yang diiktiraf

Kerajaan. Biasiswa berprestij ini diberikan kepada pelajar-

pelajar terbaik lepasan SPM dalam melahirkan modal

insan yang berkualiti untuk menjamin kesinambungan

keupayaan negara pada masa akan datang.

PROGRAM KHAS JEPUN, KOREA,

PERANCIS DAN JERMAN

JPA telah menawarkan penajaan biasiswa kepada 300

pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

untuk pengajian peringkat diploma dan ijazah pertama

dalam bidang kejuruteraan di negara Jepun, Korea,

Perancis dan Jerman. Seperti yang diketahui umum,

negara-negara ini amat terkenal dengan daya cipta

dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan, teknologi

dan industri. Oleh itu, program penajaan tersebut akan

memberi peluang kepada negara untuk menyediakan

modal insan yang mempunyai daya cipta, kreativiti dan

Program Biasiswa Nasional ditawarkan kepada 50 orang pelajar lepasan SPM yang paling cemerlang

70

LAPORAN TAHUNAN

JPA 2014