Background Image
Previous Page  71 / 130 Next Page
Information
Show Menu
Previous Page 71 / 130 Next Page
Page Background

ke peringkat diploma di Politeknik. Sebanyak 300 tempat

disediakan dengan penajaan dalam pelbagai bidang

profesional dan bukan profesional.

PENILAIAN DAN PENGIKTIRAFAN

KELAYAKAN

Dari tempoh Disember 2013 hingga Mac 2014, Kerajaan

melalui mesyuarat Jawatakuasa Tetap Penilaian dan

Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) telah mengiktiraf

sebanyak:

• 29 kelayakan dari IPTA;

• 642 kelayakan dari IPTS; dan

• 4 kelayakan dari universiti luar negara.

Kerajaan juga telah meluluskan satu dasar baharu iaitu

PengiktirafanBagi Kelayakan IjazahSarjanaMudaDalam

Bidang Sains Kesihatan Dari Universiti-universiti Di Luar

Negara.

Perkara ini juga telah dihebahkan melalui laman

semakan pengiktirafan bagi memudahkan Pihak

Berkuasa Melantik (PBM) dan orang ramai menyemak

senarai kelayakan yang telah mendapat pengiktirafan.

Mesyuarat JTPPK kali ke-115 pada 10 Februari 2014, yang

dipengerusikan oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia

telah bersetuju agar keurusetiaan pengiktirafan

kelayakan yang dipertanggungjawabkan kepada Jabatan

ini dipindahkan ke Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM). Sebarang kemusykilan berkaitan pengiktirafan

kelayakan boleh dirujuk terus ke KPM.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

JPA telah diperuntukkan bajet sebanyak RM78 juta untuk

membiayai penjawat awam bagi mengikuti program-

program latihan dalam perkhidmatan untuk melahirkan

pegawai yang berdaya saing dan berkompetensi tinggi

bagi menjayakan agenda pembangunan negara. Antara

program yang dijalankan di bawah Latihan Dalam

Perkhidmatan ialah kursus-kursus jangka pendek,

sederhana dan panjang di mana JPA menaja penjawat

awam untuk mengikuti pelbagai program latihan di

dalam negara dan luar negara.

Higher Education

(THE) dan memenuhi syarat asas yang

lain sahaja yang layak dipertimbangkan untuk diberikan

penajaan di bawah program ini. JPA memperuntukkan

sebanyak 100 tempat di peringkat sarjana dan 20 tempat

di peringkat ijazah kedoktoran.

PROGRAM PENAJAAN PELAJAR

PERUBATAN KE UNIVERSITI PERDANA

Tahun 2014 merupakan tahun keempat JPA menaja

pelajar untuk melanjutkan pengajian di dalam bidang

perubatan di Universiti Perdana.

Seramai 100 pelajar ditaja bagi mengikuti pengajian di

bawah program Perdana University Graduate School of

Medicine (PUGSOM) iaitu kolaborasi dengan

School of

Medicine John Hopkins University;

dan kolaborasi antara

Perdana University

dengan

Royal College of Surgeons in

Ireland (PU-RCSI).

Fokus program ini adalahmenyediakan penajaan kepada

pelajar-pelajar cemerlang untuk mengikuti pengajian di

IPT tempatan. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan

untuk memartabatkan IPT tempatan sebagai pusat

kecemerlangan dalam penyelidikan dan pendidikan.

PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA

(PIDN)

Dalam usaha menyokong inisiatif Kerajaan untuk

memartabatkan

IPT

tempatan

sebagai

pusat

kecemerlangan dalam penyelidikan dan pendidikan,

Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) diteruskan lagi

pada tahun 2014 dengan penajaan seramai 10,000 pelajar

untuk mengikuti pengajian di peringkat diploma dan

ijazah sarjanamuda di dalampelbagai bidang pengajian.

Penajaan adalah ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang

berjayamendapat tempatpengajiandi InstitusiPengajian

Tinggi Awam (IPTA) dan tiga (3) Institusi Pengajian Tinggi

Swasta (IPTS) yang bertaraf GLC iaitu Universiti Tenaga

Nasional (UNITEN), Universiti Teknologi Petronas (UTP)

dan Universiti Multimedia (MMU).

PROGRAM BIASISWA POLITEKNIK

JPA turut menyediakan penajaan kepada pelajar yang

berjaya mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian

71

JPA

360º